Filem TIADA TAJUK yang diterbitkan syarikat Mawi World Entertainment dibarisi pelakon Along Cham, Hazama, Joey Daud, Amira Othman, Deen Maidin, Kamarul Hj Yusof, Achey dan Mawi.

“Alhamdulillah saya bersyukur sebab pihak panggung percaya dengan filem Tiada Tajuk. Saya sedar saya baru pertama kali buat filem jadi kepercayaan pihak panggung terhadap filem ini buat saya rasa terkejut dan terharu.
“InsyaAllah saya harap dapat tambah lagi beberapa lokasi panggung di masa akan datang,”
– Mawi
Filem Tiada Tajuk akan ditayangkan di 91 buah pawagan di Malaysia, manakala di Singapura pula sebanyak lapan buah pawagam dan satu pawagam di Brunei.
Tiada Tajuk mengisahkan tiga sahabat baik berasal dari kampung, dianggap sebagai kutu rayau yang mana bercita-cita untuk menjadi artis terkenal.
Banyak dugaan yang mereka lalui sepanjang perjalanan meraih impian tersebut.