in , ,

Mawar Rashid & Raf Yaakob Pilih Jalan Berpisah Sebab Tak Lagi Sehaluan

Selepas berteka-teki, pelakon Mawar Rashid akhirnya mengesahkan dia dan pasangannya, Raf Yaakob membuat keputusan untuk berpisah berikutan tiada lagi persefahaman.

Kenyataan itu dibuat Mawar, 28, menerusi hantaran dalam Instagram (IG) Stories (IGs), hari ini.

“Kami bersetuju berpisah atas dasar tiada lagi persefahaman.

“Bagaimanapun, hubungan saya dengan Raf masih lagi baik dan akan terus kekal begitu.

“Fokus kami menyokong dan memberikan kasih sayang yang diperlukan buat anak-anak,”

– Mawar

Kata Mawar, dia dan Raf akan berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa yang baik walaupun selepas berpisah.

Pelakon drama Villa Kristal itu turut memohon agar pihak media memahami keadaan mereka dan menerima kenyataan dibuat menerusi platform media sosial itu.

“Kami berharap pihak media dapat menghormati keputusan kami.

“Kepada pengikut, kami berharap anda dapat mendoakan yang baik-baik buat kami. Harap tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan cerita negatif.

“Kami sangat terkesan dan menyesal terpaksa berkongsi berita ini dengan anda semua.

“Tetapi, ini adalah yang terbaik untuk kami. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami dengan ayat-ayat baik.

“Kami benar-benar menghargainya,”

– Mawar

Spekulasi pergolakan rumah tangga pasangan itu timbul selepas Mawar membuat keputusan tidak lagi berhijab, awal bulan lalu.

Menguatkan lagi dakwaan apabila Mawar dilihat memadam gambar bersama suaminya. Difahamkan, mereka sepatutnya hadir ke mahkamah syariah, semalam.

Mawar atau nama sebenar, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.

Mawar Rashid sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas dilihat memadam semua gambar suaminya, Raf Yakob di Instagram.

Apa yang tinggal hanyalah hantaran yang membabitkan kerja seperti video iklan produk dan hanya beberapa posting peribadi bersama suami.

Tindakan Mawar itu mencetuskan tanda tanya jika rumah tangga yang dibina sejak 2017 tersebut sedang bergolak apatah lagi sebelum ini ada timbul dakwaan sedemikian.

Memetik laporan Harian Metro pula, sumbernya mendakwa pasangan ini sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka.

Sebelum ini, abang Raf, Datuk Fazley Yaacob tampil membidas dakwaan tersebut dan berkata rumah tangga adiknya tiada masalah.

Saya memang sangat rapat dengan Raf dan dia bercerita apa saja dengan saya. Kami sangat rapat. Jadi saya tahu tiada masalah pergolakan rumah tangga.

Apapun, kita doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga Mawar dan Raf semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GENTING

Temui Keajaiban Krismas di Genting Winter Wonderland, Tarikan Penuh Pesona

MAGIK

Filem magiK Arahan Yasu Tanaka di Pawagam Mulai 30 November 2023