Pelakon, Mawar Rashid menjelaskan mengenai status yang dimuatnaik suaminya, Raf Yaakob yang mengaku tak pernah cukup dengan satu dan mahukan dua.
Menurut Mawar, suaminya itu gemar mengusik dan mendedahkan sebenarnya suaminya ada niat untuk memiliki dua buah kereta berjenama mewah untuk kegunaan harian.
Pelakon berusia 25 tahun ini juga berkata, bukanlah suaminya mahu beristeri dua, sebaliknya hanyalah dua buah kereta, dan beliau menyokong angan-angan suaminya itu.
“Berangan ni macam doa, kalau ada rezeki dia apa salahnya. Saya sebagai isteri memang sokong 100 peratus pasangan saya selagi benda tu tak melanggar ajaran Islam.
“Selagi Raf mampu, tahu kewajiban dan sebagainya, tak ada masalah jika dia mahu dua atau tiga kereta,” kata Mawar.
Tambah lagi, Mawar cukup menghargai pengorbanan suami yang sentiasa memberi kata-kata positif ketika dia patah semangat kerana ujian dalam karier dan perniagaan.
Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017, dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael. Mawar juga kini sedang hamil anak kedua mereka.
Raf sebelum ini sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5.