in , ,

Mawar Rashid Dihantui Rasa Keliru, Padam Foto Tidak Berhijab

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid berkongsi rasa ‘lost’ atau dalam keadaan keliru selepas bertindak menanggalkan hijab minggu lalu.

Menerusi sebuah perkongsian di Insta Story, pelakon berusia 28 tahun itu mengakui sedang berjuang selain memohon Allah mengembalikan dirinya yang dulu.

“Ya Allah ya tuhanku, mohon kembalikan diriku yang dulu. Aku sangat keliru, sesat dalam dunia ini. Aku sedang berjuang, dan aku akan sentiasa berjuang,”

– Mawar Rashid
Mawar Rashid Dihantui Rasa Keliru, Padam Foto Tidak Berhijab

Pelakon drama TQ Captain itu juga memohon orang ramai supaya mendoakannya agar dia kembali menjadi dirinya yang dulu.

Sementara itu, tinjauan mendapati dia telah memadam gambar tidak berhijab yang dikongsi sebelum ini di Instagramnya.

Sebelum ini, Mawar mengambil keputusan untuk memuat naik gambar dirinya tidak berhijab sehingga mendapat kecaman dalam kalangan netizen.

Menerusi kapsyen dikongsi di Instagram, ibu kepada dua orang anak itu berkata dia sudah mencuba untuk istiqamah namun gagal.

Mawar juga telah memohon maaf kepada semua orang atas tindakannya dan mengaku perkara itu tidak harus dicontohi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR X9b 5G

HONOR X9b 5G Bakal Dilancar di Malaysia Pada 1 November 2023

Ayai Ilusi Tersingkir di Minggu Ke-5 Pentas All Stars Gegar Vaganza 2023