Mawar, 25, berkata kehamilannya kali juga agak mencabar dan mengakui memberi kesan kepada stamina dirinya.
“Alhamdullilah, syukur. Doakan bayi kedua saya membesar dengan sempurna dan selamat. Doakan Mawar juga, kali ini alahan teruk sedikit.
“Itu sebabnya saya kurang aktif di laman sosial. Ramai buat permintaan saya buat Barbie Challenge tapi tak larat. Minta maaf semuanya.
“Banyak lagi nak buat cabaran lain tapi semua tergendala. Doakan alahan saya cepat hilang. Loya teruk kali ini,”
– Mawar Rashid
Berita gembira itu dikongsikan Mawar di Instagram menerusi sekeping foto bersama suami, anak serta dua anak tirinya.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.
Dia juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Sumber: Harian Metro