Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abd Karim ada memaklumkan bahawa bekas suaminya itu pernah bercakap mengenai soal kahwin lain tapi tidak dipastikan bilakah tarikh rasmi majlis tersebut.
Ia susulan timbul desas-desus mengatakan Fizo bakal melangsungkan pernikahan pada 21 Oktober ini.
Mawar ketika dihubungi berkata, bekas suaminya itu juga memaklumkan dia serius dengan perhubungan itu.
“Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya,”
– Mawar Abd Karim
Menurut Mawar, dia mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu jika apa yang diperkatakan itu benar.
Dia cakap lama dah soal ini. Saya kata okay dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar dari kesilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik,”
– Mawar Abd Karim
Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Fizo tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak berjawab.
Terdahulu, Fizo dan Mawar telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019 setelah enam tahun berumah tangga.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Harian Metro