Selepas memuat naik video tersebut, perkongsian Aliff mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar ubat dengan kapsyen, “Matikan aku dengan tenang dan beriman”.
Perkongsian Aliff itu sekaligus menimbulkan kerisauan mengenai keadaan usahawan itu serta meminta supaya beristighfar.
Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya adakah gambar itu merupakan mesej untuk dia membunuh diri.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengatakan itu hanyalah drama semata-mata untuk meraih simpati daripada orang ramai. Difahamkan, perkongsian itu telah pun dipadam beberapa minit dimuat naik.
Terdahulu, ibunya, Bonda Rozita meminta anaknya itu memadam teaser lagu dangdutnya itu dalam tempoh 24 jam.