Sejak daripada itu, Sarah berjaya menempa namanya dalam industri hiburan Malaysia. Namun, baru-baru ini penyanyi berkenaan telah pun memuat naik satu video boomerang di laman Instagram miliknya.
Video tersebut memperlihatkan mata kirinya ditutupi dengan kain putih yang ditampal dengan menggunakan sellotape berwarna putih di mukanya.
Difahamkan, dia ketika itu baru sahaja lepas menjalani proses rawatan untuk matanya di sebuah hospital swasta yang terletak di Rawang, Selangor.
Meskipun keadaannya tidak berapa sihat, namun dia menguatkan diri dengan berkongsikan momen tersebut sebelum menjelang Tahun Baru 2021.