in , ,

Mata Belum Pulih, Fasha Sandha Tetap Hadir TADS 2023

Demi komitmen terhadap syarikat produksi drama dibintangi, Fasha Sandha hadir pada malam kemuncak Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 di sini, malam tadi, biarpun kecederaan pada mata akibat kemalangan di lokasi penggambaran, baru-baru ini, belum pulih.

Fasha yang tampil memakai kaca mata hitam, ditemani adiknya, Elisya Sandha menggantikan suami, Aidil Aziz yang tidak dapat hadir, ketika melangkah ke karpet merah acara yang dianjurkan TV3 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Fasha mengaku hadir bagi memberi sokongan kepada TADS 2023 dan syarikat produksi drama Khilaf Asmara di mana beliau beroleh dua pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Antagonis Terbaik.

“Alhamdulillah, adik saya temani sebab suami tidak dapat datang. Walaupun mata kiri saya belum sembuh sepenuhnya, saya datang atas tanggungjawab kepada syarikat produksi… Ini adalah komitmen saya,” katanya.

Bertanya mengenai keadaan matanya, Fasha berkata, dia bakal menjalani pembedahan bagi membuang darah beku dalam mata kiri.

“Ada rawatan susulan di mana mungkin saya perlu dibedah. Bengkak pada bahagian luar sudah surut, namun, pada bahagian dalam, tulang patah.

“Jadi, ada darah beku. Saya kena tunggu masa sesuai untuk dibedah. Saya tidak selesa sebab darah beku masih ada dalam mata.

“Disebabkan itu, penglihatan mata kiri saya tidak jelas. Apabila ada masalah mata, ia berkait dengan kepala.

“Jadi, kalau hendak kerja, saya kena dapat izin doktor,” katanya.

Baru-baru ini, mata kiri Fasha cedera akibat terhempap bucu katil ketika menjalani penggambaran telefilem Anak Tuan bersama Azhan Rani di Johor Bahru, Johor.

Melalui rakaman video yang dikongsi di Instagram (IG), Fasha dilihat ditolak pelakon gandingan, Azhan Rani hingga kepala dan matanya terkena pada bucu katil secara tidak sengaja.

Disebabkan impak itu, Fasha dilihat meraung kerana menahan kesakitan.

Bagaimanapun, Fasha dilaporkan berharap peminat tidak menyalahkan Azhan atas apa yang terjadi.

Melalui rakaman suara yang dimuat naik Azhan di IG, antara lain, Fasha menjelaskan Azhan tidak menolaknya dengan kuat ketika adegan itu dilakonkan.

“Sebenarnya, abang bukan tolak betul-betul, sebaliknya hanyalah lakonan. Saya yang tolak badan dan ‘mendarat’ di tempat salah. Lagipun, benda sudah jadi, hendak buat macam mana,” kata Fasha melalui rakaman suara itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAFIDZ ROSHDI

Isu Menumbuk Nurul Shuhada, Hafidz Roshdi Didakwa Pada Pagi Ini

MEERQEEN

Senarai Penuh Pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 TADS2023