HANYA UNTUKMU
8 DISEMBER 2008 (ISNIN)
5.30 PETANG
RTM1
PELAKON : MASRINA MASODI DAN MOHD ISKANDAR BIN ABD NAJIB.
SINOPSIS
Program Khas sempena Aidiladha yang bertajuk “Hanya Untuk Mu” ini mengisahkan pengorbanan seorang ibu, Puan Masrina Masodi yang telah mendermakan hati kepada anak lelakinya, Mohd Iskandar Bin And Najib. Kisah menyayat hati pendermaan organ ini turut diceritakan oleh pakar-pakar bedah dan doktor yang telah membuat rawatan sebelum dan selepas pembedahan pemindahan hati terhadap pasangan ibu dan anak ini. Puan Masrina juga turut menceritakan suka dan duka yang dilalui oleh seorang ibu tabah ini apabila terpaksa berdepan dengan kehilangan emak tercinta disaat beliau terpaksa berdepan dengan risiko besar pembedahannya. Program majalah ini turut memberi mesej kepada masyarakat membantu mendermakan organ untuk golongan yang amat memerlukan.