Walau bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan dari sebuah pusat perubatan, dia bersyukur apabila sudah boleh menggerakkan sedikit otot mukanya.
Hari ini, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi satu rakaman video mengenai perkembangan kesihatannya di laman Instagram.
Dalam videoitu, walaupun mengalami kesukaran untuk bercakap akibat lumpuh, Faye berusaha memberi kata-kata semangat buat dirinya dan individu lain yang menghidap serangan sama.
“The reason saya buat video ni sebab saya sedar betapa risaunya orang ramai terhadap kondisi saya sekarang dan maybe can also help boost keyakinan serta inject sedikit positivity kepada yg menghadapi Bell’s Palsy atau mana² penyakit sekalipun.
“Jangan risau sangat. Jangan stress, percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti berusaha. Selagi bernyawa, kita positifkan diri untuk sembuh,” katanya.
– Faye Kusairi
Dia yang juga sedang hamil 39 minggu memilih untuk sentiasa berfikiran positif, seolah-olah dia tidak menghidap sebarang penyakit.
Malah, dia juga bercadang untuk berkongsi perkembangannya dari semasa ke semasa bagi memberi semangat dan berkongsi tips kepada penghidap Bell’s Palsy lain.
Semoga Faye Kusairi kekal positif dan cepat sembuh. Doakan yang baik-baik untuk dia dan bayi dalam kandungan, okay?