Aktor berbadan sado, Norman Hakim bagaimanapun dilihat masih mengunci mulut dan tidak memberikan apa-apa respon berhubung hal tersebut.
Meskipun memilih untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi buat masa ini, Instagram Norman diserang oleh warganet.
Menerusi foto di akaunnya, ramai yang meninggalkan komen masing-masing tentang isu tersebut malah kebanyakannya memerli aktor tersebut.
Sesetengah daripada mereka mengungkit semula kisah silam aktor itu bersama bekas isteri, Abby Abadi dan isterinya Memey Suhaiza yang pernah menggemparkan dunia hiburan suatu ketika dahulu.
Ada yang turut memberi pesanan kepada Norman agar menjaga anak perempuannya dengan baik dan ada pula yang melabelnya tidak pandai menjaga anak.
Ada yang turut memberi pesanan kepada Norman agar menjaga anak perempuannya dengan baik dan ada pula yang melabelnya tidak pandai menjaga anak.