Sejak Budiey berpindah cari makan di Kuala Lumpur ni, masalah parking selalu sahaja menjadi igauan ngeri. Memang nightmare! Kat mana-mana je susah betul nak parking kereta. Tak tahu la kenapa. Adakah kawasan Kuala Lumpur ni sempit padat sendat sangat atau jumlah kereta yang terlalu banyak?
Senang citer memang masalah parking ni sentiasa menghantui kita setiap hari. Itu belum masuk masalah jalan sesak. Susah nak ke sana sini. Sabo jer lah ye. Kat Malaysia ni mungkin orang KL lah yang paling penyabar sekali rasanya. Eh?
Nak cerita sikit pasal parkir kereta ni… setiap hari, bila pergi ke event tu, masalah besar Budiey terpaksa hadap ialah takde tempat nak parking kereta.
Tak hairan la, apabila ada yang sanggup parkir kereta mereka secara haram atau ditempat yang tidak sepatutnya. Disebabkan dah tak tahu nak parking kat mana, tempat parkir semua penuh… jadi ada yang memilih untuk mengambil risiko kereta ditunda dari membayar 60 sen untuk parkir kereta.
Satu perkara lagi, apabila parking area memang agak limited, jadi kejadian double parking memang lumrah. Kalau double park pun dah tak de ruang, parking buatan sendiri pun ader asal muat ajer.
Sebab itu Budiey akan pastikan untuk sampai kat event 1 jam sebelum event bermula. Orang luar tengok macam senang je kerja blogger ni. Sampai event hangout dgn selebriti dan buat IG Story berjela-jela. Tapi diorang tak tahu behind the scenes apa yang Budiey terpaksa hadap. Haa, inilah dia.
Parking penuh tu dah biasa. Lebih teruk bila ada yg tak bertanggungjawab buat double parking. Itu yang buat hati jadi bengang tu.
Jika kat kawasan rumah pulak, disebabkan tiada kawasan parking sendiri, walaupun dah keluar lambat, setiap minggu sekurang-kurangnya sekali mesti ada punyalah terpaksa tolak kereta orang lain yang double park depan kereta Budiey. Tolak pakai apa, dah tentulah pakai tangan siap dengan aksi kekuda yg tepat, kalau tak sakit pinggang nanti. Bukan senang nak menolak kereta orang ni. Badan kena sado dan berotot sikit lah ya. Kalau kecil okay lagi, tapi kalau yang besar macam mpv atau van? Kiranya sepanjang 2 tahun setengah kat sini, dah macam-macam jenis kenderaan yang dah Budiey cuba tolak.
Sesekali kalau terpaksa keluar awal pagi ataupun malam hari, memang nightmare jadinya. Kadang-kadang terpaksa tolak dua tiga kereta dalam satu masa, baru boleh keluar. Bila keluar malam dan balik tu nak cari parking, hai memang miracle la kalau dapat yang dekat atau cantik tempatnya. Bayangkan orang yang dah duduk sini bertahun lamanya? Giler penyabar semuanya kan.
Tapikan bukan semua orang yg buat double park ni prihatin orangnya. Sesetengah tu, selamba jer tak turunkan hand brake. Makanya nyanyian hon la yg terpaksa semua org dengar. Alhamdulillah setakat ni belum terjumpa lagi masalah macam ni. Stress tau pagi-pagi gelap dah dengar bunyi hon.
Cakap pasal kes tunda kereta ni, kena fikir la jugak, kalau nak tunda kenderaan tu agak kesian sebab bagi mereka yang tua, mereka tak mampu nak jalan jauh-jauh. Kita yang muda terang tang tang ni masih okay je lagi.
Orang ramai selalu meletakkan kenderaan secara bertindih. Ini memang menyukarkan. Saya rasa jika anda meletakkan kereta secara haram, ia memang salah anda dan memang patut dikenakan tindakan kenderaan ditunda. Berikan mereka kompaun dan jika itu tidak membantu, tunda sahaja kereta mereka.
Ada tempat tertentu kat Kuala Lumpur ni memang sangat sesak. Contohnya di kawasan Jalan Chow Kitt dan di kawasan pusat bandar seperti Pasar Seni ini memang sangat sukar untuk meletakkan kenderaan dan sangat sukar untuk mendapat laluan
Tambah stress apabila kita nak rushing dan sampai lambat kat event tu, makin bertambahlah lambat bila berjam-jam cari parking. Geram gak kekadang tu, sampai je event dah habis, artis pun dah balik rumah.
Terlepas nak interview. Kalau tahu macam tu, baik tak payah gi event. Membazir masa. Tu la akibatnya bila setiap tahun bilangan kereta kat KL ni makin bertambah. Menurut iklan akhbar Uber Malaysia (@uber_my) kita membazir masa 152 jam semata-mata cari parking je. Korang bayangkan dengan 152 jam tu kita boleh apa. 152 jam tu dah boleh spent masa untuk edit video ke, gi gym ke atau layan movie online.
Budiey kira, kepada korang yang mempunyai masalah susah nak parkir kereta ni, dah boleh fikir cara untuk mengatasi masalah ini. Budiey pernah disarankan oleh kawan-kawan agar menggunakan alternatif lain seperti menggunakan khidmat Uber yang sangat mudah digunakan sekarang ini.
Ya, Budiey kira sudah tiba masanya untuk berubah. Lepas menggunakan Uber nanti, masalah nak parkir kereta dah takde lagi. Tak payah nak susah-susah lagi dah. Setuju tak?