Kini, Apple mengesahkan isu berkenaan dan merancang untuk mengeluarkan kemas kini iOS 17 bagi menangani pepijat yang mungkin menyumbang kepada masalah kepanasan melampau pada iPhone 15 Pro.
Bukan Punca Bingkai Titanium
Kata Apple, isu berkenaan tidak berkaitan dengan bingkai titanium. Bertentangan dengan laporan sebelum ini, Apple menafikan penggunaan bingkai titanium iPhone 15 Pro adalah punca masalah kepanasan melampau.
Malah, syarikat itu menjelaskan bingkai titanium dan substruktur aluminium memberikan pelesapan haba yang lebih baik daripada mana-mana model Pro generasi sebelumnya dengan bingkai keluli tatian karat.
Menurut Apple, pihaknya telah mengesan beberapa punca yang menyebabkan kepanasan melampauAntaranya, peranti mungkin akan berasa lebih panas dalam beberapa hari pertama selepas menyediakan atau memulihkan peranti kerana aktiviti latar (background activity) yang meningkat.
Sebagai tambahan, isu tersebut disebabkan oleh kemas kini aplikasi pihak ketiga baru-baru ini, yang mana mereka kini sedang bekerjasama dengan pembangun aplikasi bagi membaik pulih masalah itu.
Lanjutan itu, Apple dijangka akan membetulkan pepijat dengan kemas kini IOS 17.1atau kemungkinan lebih awal melalui kemas kini iOS 17.0.3.
Tidak Akan Kurangkan Prestasi A17 Pro
Dalam pada itu, Apple juga menegaskan baik pulih pepijat tidak akan mengurangkan prestasi cip A17 Pro, serta isu tersebut tidak akan memberi kesan kepada prestasi jangka panjang IPhone 15 Pro.