in

Masalah Kesan Kuning Pada Baju Kini Selesai

Kerjaya sebagai penulis blog sepenuh masa sangat sibuk. Setiap hari pasti jadual Budiey penuh dengan undangan ke majlis dan event. Kadang-kadang letih juga. Yelah, masa mana nak update blog, kan? Rasa macam takde masa.

Sebagai blogger dunia hiburan, Budiey tak lepas dari kritikan daripada selebriti dan artis tentang penampilan. Kawan-kawan terdekat pun ramai yang komplen dengan gaya penampilan Budiey. Mereka adalah cermin diri kita, jadi tak salah untuk mengambil kritikan membina dari mereka yang terdekat. Yang mengutuk lebih-lebih atau yang suka beri kritikan yang tak membina tu, kita biarkan je ketepi. Pekakkan telinga, betul tak?

Begitulah juga dengan penjagaan diri, memang sangat penting kerana Budiey selalu di kelilingi oleh selebriti dan rakan-rakan di majlis. Bila kita jaga penampilan dan nampak ohsem, pasti kita akan rasa yakin dan ohsem jugak, tak gitu?

Minyak wangi dan deodorant tak boleh tinggal, memang kena pakai untuk membuatkan orang terdekat dengan kita rasa selesa apabila berada bersebelahan dengan kita.

aaron aziz

Baru-baru ini, semasa road tour Anugerah Bintang Popular – Berita Harian ke Kuching Sarawak, Budiey telah bertemu dengan pelakon baru yang kebetulannya pulang bercuti di Kuching. Nama pelakon lelaki yang Budiey maksudkan ialah Fir Affandi.

Sempatlah Budiey ambil gambar Fir Affandi. Semasa tengah sibuk ambil gambar Fir, dia ada ternampak kesan kuning pada bahagian ketiak baju yang Budiey pakai tu. Walaupun baju Budiey pakai tu taklah putih mana tapi kesan kuning tu ketara. Apa lagi, memang malu ya amat sangat la kat Fir. Kalau nak tahu, bukan Fir saje yang perasan tentang ada kesan kuning tu, ada beberapa orang lagi selebriti yang tegur Budiey pasal tu. Memang memalukan ya amat!

Pakailah baju mahal atau yang berjenama sekalipun, tapi kalau ada kesan kekuningan kat ketiak tu, memang sesiapa pun akan rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Sangat memalukan, terutama jika kita memakai baju warna putih, memang sangat jelas nampak jika kita berpeluh.

Selain pakai baju warna putih, memang baju warna hitam pun tak terkecuali, warna kuning itu masih kelihatan juga. Sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang tidak elok untuk penampilan. Kalau boleh, kita mahu sentiasa nampak bersih dan kemas. Tak gitu?

Nak tahu apa sebabnya ada kesan kuning pada bahagian ketiak? Mengikut pengalaman Budiey, kesan warna kuning itu adalah akibat memilih deodarant yang salah.

Ianya hasil dari tindak balas campuran bahan kimia yang terkandung dalam deodorant, peluh pada badan dan juga bahan fabrik pakaian kita.

Ini juga disedari oleh isteri Budiey. Setiap kali pulang dari majlis atau event hiburan, Budiey pasti akan ditegur oleh isteri dan Budiey bingung nak atasi masalah ini.

Masalah utama bila nak basuh baju ni, memang kesannya masih kelihatan. Memang ia satu kesan yang sangat degil untuk ditanggalkan. Basuhlah berkali-kali pun, memang susah jugak. Ini memang menjadi satu masalah besar pulak bagi kami suami isteri.

Isteri Budiey pun sangat bingung dan rupanya dia ada satu idea untuk mengatasi masalah ini.

Satu hari, isteri Budiey telah membelikan deodorant terbaru iaitu NIVEA For Men Invisible For Black & White Deodorant.

Nivea

Budiey pun cuba pakai dan tidak lagi menggunakan deodorant yang biasa Budiey pakai sebab deodorant tulah yang memberikan kesan kuning pada baju.

Selepas 5 hari menggunakan NIVEA Black & White Deodorant, Budiey dapat kesan yang sangat positif.

Kini, kesan kuning yang ada pada baju di bahagian ketiak itu sudah hilang dan tidak nampak walau sedikit kesan pun. Segalanya ditanggung beres setelah Budiey menggunakan NIVEA Black & White ini.

Samada anda nak percaya cakap Budiey, atau mahu terus ke kedai berhampiran anda dan mencuba menggunakannya, terserah pada anda.

Budiey happy sangat dan mahu berkongsi cerita ini kepada semua pembaca. Jika korang ada masalah yang sama, apa kata korang bertukar kepada NIVEA Black & White Deodorant.

Cubalah sekarang, kalau tak cuba korang tak tahu kesannya.

Mahu lebih mendalami apa yang Budiey rasakan? Jom tonton sikit movie pendek yang Budiey rakamkan ini. Anda pasti dapat merasakan apa yang Budiey rasai selepas memakai deodorant ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Malam Prebiu Media Filem JIDIN SENGAL

Budiey di Blogopolis 2012