Berkongsikan perkara itu di Instagram, Nazim berkata memandangkan usianya kini mencecah 36 tahun, ini merupakan masa yang paling sesuai untuk dirinya kembali berumah tangga. Ujarnya lagi, dia bukan lagi muda dan waktunya untuk berseronok sudah pun berakhir.
“Di usia gangsa ni, tidak ada yang lebih baik yang dapat saya minta selain zaujah saya untuk didekatkan dengan saya.
Selepas dua tahun, saya akhirnya membuka hati saya untuk berkahwin.
“Beberapa perkara dalam hidup dipelajari dengan cara yang paling sukar dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan masa lalu saya dan menerima kebijaksanaan yang saya peroleh daripadanya.
“Saya tidak lagi muda, masa berjimba sudah berakhir.
Saya berumur 36 tahun dan masa saya hampir habis. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya,”
– Nazim Othman
Nazim turut tertanya-tanya apa kesilapan yang dilakukannya sehingga sukar untuk dipertemukan jodoh. Malah, Nazim turut memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak.
“Dah dua tahun single. Sampai kadang-kadang tertanya kat Allah, sangat besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain mintak ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia.
“Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima,” katanya.
– Nazim Othman
Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Bella Dally pada 10 September 2016 namun mahligai yang dibina selama dua tahun berakhir pada tahun 2018.