Maryam Mahu Wakafkan Khimar & Telekung di Masjid Malaysia & Korea
Pelakon dan pempengaruh Maryam Younarae, 31, dedah perkongsiannya memakai khimar mendapat reaksi kurang menyenangkan dari rakyat negara asalnya, Korea Selatan.
Maryam berkata dia agak terkesan sehingga sempat mempersoal dalam dirinya sendiri kenapa perjalanannya memeluk Islam berdepan cabaran cukup besar begitu.
Namun keluhan itu cuma sementara dan semangat Maryam untuk terus berkongsi mengenai keindahan Islam tidak tergugat sedikit pun.
Dalam pada itu, Maryam yang baharu melancarkan jenama pakaian muslimahnya Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae baru-baru ini berhajat wakafkan produk itu di masjid-masjid di Korea Selatan dan Malaysia.
Empat tahun bergelar mualaf, personaliti media sosial Maryam You Narae masih lagi belajar menjadi seoang Muslimah yang lebih baik.
Maryam, 31, berkata, dia kecewa apabila terdapat segelintir netizen yang mudah menghakimi penampilannya di media sosial meskipun ramai tahu dia masih baru memeluk Islam.
Kata Maryam, dia terkilan setiap kali membaca komen-komen negatif tentang penampilannya sedangkan masih ramai individu di luar sana yang belum menutup aurat dengan sempurna.
Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.