in , ,

Marvel Studio Lancar Poster Karakter & TV Spot Terbaru Filem ETERNALS

Sekarang ini, ramai peminat setia tak sabar untuk menonton sebuah filem aksi menarik selepas Marvel Studio menyiarkan poster karakter & TV spot terbaru filem ETERNALS yang akan ditayangkan mulai 5 November ini!

Menjelang pelancaran filem MARVEL STUDIOS’ ETERNALS pada awal November ini, Marvel Studios telah mengeluarkan bahan promosi terbaru yang merangkumi poster karakter, dan TV Spot terbaru. Selain itu juga, pawagam IMAX, 4DX dan Dolby turut mengeluarkan poster versi mereka. 

Poster karakter memberi sorotan kepada pahlawan kosmik yang bakal diperkenalkan dalam filem yang akan datang, sementara video promo terbaru menunjukkan pertemuan semula pahlawan-pahlawan Eternals yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi musuh lama mereka.

Berdasarkan komik Marvel dengan nama sama karya Jack Kirby, Eternals menyambut pasukan superhero baru yang menarik ke Marvel Cinematic Universe. Kisah epik, sepanjang ribuan tahun, menampilkan sekumpulan pahlawan abadi yang dipaksa keluar dari bayang-bayang mereka sendiri untuk kembali bersatu dan menentang musuh tertua umat manusia, The Deviants. 

Eternals menampilkan barisan pelakon bintang seperti Richard Madden sebagai Ikaris, Gemma Chan sebagai Sersi, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gilgamesh, Barry Keoghan sebagai Druig, Angelina Jolie sebagai Thena dan Kit Harington sebagai Dane Whitman. 

Pemenang Oscar Chloe Zhao mengarahkan filem ini dan turut menulis lakon layar bersama Matthew k. Firpo dan Ryan Firpo. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige berperanan sebagai penerbit.

Eternals akan ditayangkan di pawagam pada 5 November ini.

SACK_LUNCH_CHARACTER_BANNER_AJAK_MALAYSIA
SACK_LUNCH_CHARACTER_BANNER_DRUIG_MALAYSIA
SACK_LUNCH_CHARACTER_BANNER_GILGAMESH_MALAYSIA
SACK_LUNCH_CHARACTER_BANNER_IKARIS_MALAYSIA
SACK_LUNCH_CHARACTER_BANNER_KINGO_MALAYSIA
SACK_LUNCH_CHARACTER_BANNER_MAKKARI_MALAYSIA
SACK_LUNCH_CHARACTER_BANNER_PHASTOS_MALAYSIA
SACK_LUNCH_CHARACTER_BANNER_SERSI_MALAYSIA
SACK_LUNCH_CHARACTER_BANNER_SPRITE_MALAYSIA
SACK_LUNCH_CHARACTER_BANNER_THENA_MALAYSIA

Character Posters & Brand-New Action-Packed Featurette Now Available

Marvel Studios’ “Eternals” follows a group of heroes from beyond the stars who had protected the Earth since the dawn of man. When monstrous creatures called the Deviants, long thought lost to history, mysteriously return, the Eternals are forced to reunite in order to defend humanity once again.

The outstanding ensemble cast includes Gemma Chan as humankind-loving Sersi, Richard Madden as the all-powerful Ikaris, Kumail Nanjiani as cosmic-powered Kingo, Lia McHugh as the eternally young, old-soul Sprite, Brian Tyree Henry as the intelligent inventor Phastos, Lauren Ridloff as the super-fast Makkari, Barry Keoghan as aloof loner Druig, Don Lee as the powerful Gilgamesh, with Kit Harington as Dane Whitman, with Salma Hayek as the wise and spiritual leader Ajak, and Angelina Jolie as the fierce warrior Thena. 

Chloé Zhao directs the film, and Kevin Feige and Nate Moore are the producers, with Louis D’Esposito, Victoria Alonso and Kevin de la Noy serving as executive producers. The screen story is by Ryan Firpo & Kaz Firpo, and the screenplay is by Chloé Zhao and Chloé Zhao & Patrick Burleigh and Ryan Firpo & Kaz Firpo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iPad Mini Kini Sudah Dijual di Malaysia, Harga Bermula RM2,299

Apple Bakal Adakan Acara Pada 18 Oktober, Dijangka Melancarkan M1X & AirPods Baharu