Dalam tangkap layar tersebut menunjukkan, individu dengan nama Muhammad Zulhakim mengeluarkan kata-kata kesat kepada Marsha sehingga membaitkan keluarganya.
Marsha berkongsi perkara berkenaan di Instagram turut menegur individu itu supaya berfikir sebelum menulis lebih-lebih lagi melibatkan keluarganya.
“Sila berhati-hati dan hormat bila menulis, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan keluarga sayaâ€-tegurnya di IG stories
Jelas menerusi perkongsian tersebut individu berkenaan terlalu emosi dengan watak antagonis yang dilakonkan oleh Marsha dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Sehinggakan dirinya dipanggil bodoh dan tiada maruah.
Sementara itu, Marsha mengambil serius dengan hal ini dan berhasrat mahu melaporkannya kepada pihak polis.
Sebelum ini menerusi laporan dari Kosmo, Marsha pernah menasihati penonton dapat mengawal emosi dan bijak membezakan perkara realiti serta fantasi.
“Saya ada juga membalas mesej netizen dengan niat untuk menegur golongan muda agar tidak terlalu kurang ajar dan akhirnya mereka pula meminta maaf,â€- katanya.
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang sedang hangat ditayangkan dalam slot Megadrama Astro Ria turut dibintangi Uqasha Senrose, Fizo Omar dan Aida Khalida.