in , ,

Marsha Akhirnya Jawab Spekulasi, Dedah Alasan Rahsiakan Dirinya Positif COVID-19

Baru-baru ini, telah timbul spekulasi mengatakan Marsha Milan telah dijangkiti Covid-19. Jadi, Marsha telah pun tampil untuk menghentikan spekulasi ke atas dirinya, Marsha telah mengesahkan sendiri yang dia menghidapi COVID-19 pada awal Mei baru ini.

Marsha yang disahkan positif mula mendapatkan rawatan insentif di Hospital Ja’afar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai, Bangsar. Ekoran situasi tersebut Marsha memberitahu dia terpaksa merahsiakan hal yang sebenar disebabkan oleh nasihat daripada doktor mengenai keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.

Ini Rupanya Kenapa Marsha Cuba Rahsiakan

Dipetik dari Berita Harian, Marsha memberitahu keadaan fizikal dan mentalnya menjadi sangat lemah selepas mengetahui keadaan yang sebenar.

“Selepas disahkan positif, doktor menasihatkan saya untuk mendapatkan rehat secukupnya. Ini kerana pada masa itu keadaan fizikal dan mental saya sangat lemah.

“Atas nasihat doktor, saya ambil keputusan hanya berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan rapat sahaja sepanjang menjalani rawatan. Ini kerana saya ingin menjalani rawatan dengan lebih tenang dan sempurna. Saya berdoa agar diberi kesembuhan segera,”katanya kepada BH Online.

Pelakon ini juga berkongsi mengenai keadaan emosinya yang tidak stabil dan terjejas dengan teruk serta bimbang dengan keadaan yang dihadapinya.

Kongsi Pengalaman Sebagai Salah Seorang Pesakit COVID-19

Melihatkan keadaan yang semakin pulih dan sedang menjalani proses kuarantin, Marsha mengatakan dia sangat bersyukur dan lega apabila keputusan ujian calitan suaminya negatif.

Pada masa yang sama, dia juga turut meluahkan rasa sedih apabila bapa mentuanya menjadi salah satu korban COVID-19 pada baru-baru ini.

Apabila bertanyakan mengenai pengalamannya, Marsha berkongsi pada awalnya dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas, hilang deria bau dan rasa pada bahagian mulut, serta sakit kepala.

Pelakon kepada drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga menyeru agar setiap rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika berada di luar rumah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zynakal Mohon Maaf Persenda Orang Sarawak, Niat Hanya Bergurau Dengan Yonnyboii

Kes Saman Fitnah Siber, Abu Syafiq Akui Tidak Suka Saman Menyaman