Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, rayuan berkenaan dibuka bagi memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak/diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Katanya, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.
“Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.
Setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan termasuk LHDNM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa.