in , ,

Mark O’Dea Teruja Jelajah Perak & Pulau Pinang Dalam SPECTACULAR MALAYSIA

Banyak destinasi yang menarik di kawasan pantai, pulau, tarikan hutan lipur, taman tema, dan tempat bersejarah yang boleh diterokai di negara kita.

Pengalaman percutian menarik dikongsikan hos kelahiran British yang popular di Malaysia, Mark O’dea dalam program terbaharu,”Spectacular Malaysia” yang sedang bersiaran setiap Rabu, pukul 10.00 malam di TV Okey.  

Pulau Pinang dan Perak, dua negeri yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara menjadi pilihan Mark untuk melawati tempat-tempat menarik di sini dalam 13 episod program siarannya. Selain berhibur, program ini pastinya memberi anda seribu macam idea ketika bercuti di sini. Menarik bukan? 

https://flic.kr/p/2mKWqTQ

Destinasi pertama dikunjungi Mark adalah Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang terkenal di kalangan pelancong untuk melakukan aktiviti yang lebih mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

Seterusnya Mark menikmati keindahan alam di Entopia, Teluk Bahang dimana dia berpeluang berada dekat dengan kupu-kupu yang halus di Giant Conservatory dan berpeluang belajar tentang pertanian organik.

Mark O’Dea Teruja Jelajah Perak & Pulau Pinang Dalam SPECTACULAR MALAYSIA

Kunjungan di Balik Pulau pastinya meninggalkan momen indah kerana Mark dapat merasai pengalaman untuk mengalami kehidupan masyarakat kampung yang menyenangkan.

Tiga lagi lokasi menarik diterokai Mark di negeri terkenal syurga makanan ini termasuklah Bukit Bendera yang terkenal dengan sejarahnya, The Habitat, Penang Hill dimana Mark mengambil udara segar hutan hujan purba di atas bukit dan menemui spesis fauna baru juga mengunjungi Seberang Perai yang membawa Mark merentas jambatan Pulau Pinang untuk mencari burung hijrah yang unik dan mempelajari tentang lebah asli yang tidak menyengat.  

Justeru tujuh episod program ini juga membawakan kepada penonton idea lokasi terletak di Perak yang sesuai akan menjadi satu memori indah bersama yang tersayang. 

Ikuti dua episod khas pengalaman Mark berada di Temenggor iaitu keterujaannya menaiki bot dalam di Hutan Hujan Temenggor untuk menjejak gajah dan Bunga Rafflesia. Seterusnya Mark melalui pelayaran memerhatikan burung dan berjalan dalam hutan hujan untuk menemui air terjun yang tersembunyi.

Mark O’Dea Teruja Jelajah Perak & Pulau Pinang Dalam SPECTACULAR MALAYSIA

Jika bercadang ke Pulau Pangkor hanya satu hari tanpa bermalam di sana, sangat disyorkan untuk ke Marina Island dan mencuba makanan laut yang segar juga mengunjungi masjid dan kuil yang ikonik.

Melengkapkan lagi kunjungan Mark ke Pulau Pangkor dengan melakukan aktiviti snorkel, mencari pantai persendiriannya dan belajar tentang sejarah Pulau Pangkor. Mark kemudiannya turut melawat bandar Gopeng untuk mengumpul pengalaman perkhemahan yang mengujakan dan berakit di Sungai Kampar.

Mark O’Dea Teruja Jelajah Perak & Pulau Pinang Dalam SPECTACULAR MALAYSIA

Semangat luar biasa Mark diteruskan dengan menerokai Gua Tempurung, Gopeng dengan masuk ke dalam perut gua batu kapur purba dan belajar tentang pemuliharaan pokok yang berharga. Akhir sekali Mark berada di Lembah Kinta Air Terjun Lata Penyel yang hebat dan merasai pengalaman yang terbaik yang ditawarkan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Semua Terselamat, Tiada Penyingkiran di Maharaja Lawak Mega Minggu Keenam

PUTERI AISHAH BERNIKAH

Puteri Aishah Bernikah, Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan dengan Sekali Lafaz