Teka-teki siapa yang akan menggantikan tempat Shuib Sepahtu di Geng Pagi Hot di Hot FM akhirnya terjawab apabila penyanyi dan juga pelakon terkenal, Mark Adam tampil ke udara bersama Fizie Hot FM pada jam 6 pagi hingga 10 pagi tadi. Tahniah buat Mark Adam! Semoga program ini terus mendapat tempat di hati pendengar dengan celoteh spontan dan lucu dari Mark Adam.
Sebelum ini, Fizie atau nama sebenar, Mohamad Hafizie Roslan, 32, tidak muncul dalam segmen GPH selama hampir sebulan kerana menjalani latihan intensif bersama Mark.
“Saya amat rindu untuk ke udara dan menemani pendengar setia Hot FM. Ini kali pertama saya tidak muncul di konti dalam tempoh panjang.
“Sejak tiga minggu lalu, saya menjalani sesi latihan dengan Mark dan pihak pengurusan bagi memastikan segmen GPH dikendalikan seperti dirancang,”
Mark atau nama penuh, Fikri Mark Adam Abdullah, 41, dipilih menerajui GPH bersama Fizie selepas pengunduran Shuib.
Kerjaya Berubah 360 Darjah
Semestinya hal ini membuatkan para peminat selebriti kelahiran Filipina tersebut berasa teruja berikutan penampilan pertama Mark sebagai penyampai radio selepas lebih banyak bergiat dalam bidang seni suara.
Mark mengakui bahawa kerjayanya berubah 360 darjah selepas menerima tawaran menjadi penyampai radio. Walau bagaimanapun dia berasa teruja untuk keudara bersama Fizi selepas ini.
“Kerjaya saya berubah 360 darjah. Semasa ditawarkan untuk menjadi penyampai Hot FM, saya fikir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tapi tanggungjawab perlu saya galas.”
Fizie teruja untuk memulakan perjalanan baharu di Hot FM bersama Mark.
“Gandingan saya bersama Mark akan memberi suatu impak berbeza kepada pendengar dengan karakternya yang lucu dan bersahaja.
Sementara itu, Mark berkata, tawaran Hot FM diterimanya, bulan lalu.
“Kerjaya saya berubah 180 darjah. Ketika ditawarkan menjadi penyampai Hot FM, saya fikir banyak kali.
“Ini bukan sahaja kerjaya tetapi tanggungjawab yang perlu digalas. Namun, saya sedar peluang begini bukan datang selalu.
“Ini memberi ruang untuk saya mencabar diri mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.
Mark sedar dirinya masih kurang fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
“Bahasa Melayu bukan bahasa pertama saya. Jadi, untuk bertutur dengan lancar sebagai penyampai radio adalah cabaran buat saya.
“Namun, saya lihat ini salah satu cara untuk memperbaiki pertuturan saya,” katanya.
Bahasa jadi cabaran
Ditanya tentang kegusarannya, guru vokal ini mengakui penggunaan bahasa Melayu menjadi cabaran buatnya. Namun, ia sama sekali tidak mematahkan semangat yang sedia ada.
“Bahasa Melayu bukan bahasa pertama saya, jadi untuk bertutur dengan lancar sebagai penyampai radio merupakan satu cabaran buat saya tetapi saya juga lihat peluang di Hot FM ini adalah satu cara memperbaiki bahasa pertuturan saya.” Jelasnya
Mark Adam juga berharap agar apa yang dikerjakan memperolehi hasil yang baik dan akan berusaha memberikan yang terbaik buat para pendengar.
“Insya Allah, saya bersama Fizie dan Hot FM akan mencuba untuk menyajikan pengisian yang terbaik dan semoga para pendengar akan terhibur setiap pagi bersama GPH di Hot FM.” Tambah penyanyi itu.
Mark berkata, sesi latihan tiga minggu bersama Fizie memberi banyak idea kepadanya bagi memulakan tugas di konti.
“Saya sangat teruja untuk ke udara, tetapi rasa gugup memang ada. Bukan mudah untuk menghiburkan pendengar menerusi radio.
“Jika di program televisyen, saya tidak cakap apa-apa pun orang sudah terhibur dan boleh bergelak ketawa.
“Di radio, saya kena sentiasa ada idea untuk dilontarkan dan memastikan pendengar faham maklumat disampaikan,” katanya.
Tahniah & selamat datang Mark!
Melihat daripada komen netizen diruangan Instagram Hot FM, ramai yang gembira dengan kehadiran Mark kerana merasakan penyanyi tersebut mempunyai bakat menghibur dan rata-rata daripada mereka mendoakan agar dia terus maju jaya bersama GPH.
Sementara itu, Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood, berkata penyertaan Mark merancakkan lagi industri penyiaran radio dan memberi nafas baharu kepada segmen GPH.
“Kami sentiasa mencari bakat dan muka baharu untuk menghiasi dan memantapkan barisan penyampai Hot FM .
“Seperti diketahui ramai, Mark adalah artis versatil yang diakui kemampuannya. Kami percaya kekuatan beliau sebagai penyanyi, pelakon dan penghibur dapat memberi warna dan variasi kepada GPH.
“Kelebihan Mark juga terletak kepada keikhlasan dirinya ketika beraksi dan ini dapat mendekatkan lagi Hot FM dengan pendengar,” katanya.
Nik Nor Azura menambah, GPH akan menampilkan pengisian yang lebih segar berdasarkan kisah menarik yang berlaku dalam kalangan pendengar dan cerita peribadi penyampai.
“Banyak idea yang akan dihidangkan kepada pendengar. Semestinya, langkah ini diambil untuk kami sentiasa tampil dengan pembaharuan dan mengukuhkan lagi jenama Hot FM daripada segi muzik, hiburan dan pengisian gaya hidup terkini,” katanya.
Hot FM turut mengumumkan segmen Jam Hot masih mengekalkan Deen dan Haziq sebagai gandingan dari jam 4 petang hingga 8 malam. Segmen Mega Hot kelolaan Zetty pula akan ke udara dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Dalam perkembangan lain, Hot FM mengumumkan Shuk masih digantung tugas sebagai penyampai.
Dalam kenyataan diterima, pihak pengurusan Hot FM mengesahkan isu membabitkan Shuk masih dikaji.
Pada 25 Januari lalu, Shuk dilaporkan digantung perkhidmatan daripada Hot FM.
Menerusi kenyataan media, pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan, perkhidmatan Shuk digantung serta merta.
Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan Hot FM melakukan siasatan dalaman mengenai isu yang sedang tular dalam media sosial.
Terdahulu, Shuib yang sudah tiga tahun bersama GPH telah mengambil keputusan mengundurkan diri selepas tempoh kontraknya tamat pada penghujung Januari lalu.