Persembahan bersahaja tapi penuh penghayatan dari Mark Adam mendapat perhatian ramai netizen dan juga penonton Separuh Akhir Muzik Muzik 31 yang berlangsung semalam di Sri Pentas 2, Shah Alam.
Seraya mengalunkan lagu BERAT ciptaan DJ Fuzz dan Zah Amirul serta lirik pula ditulis oleh DJ Fuzz dengan vokal yang agak terketar dan menahan sebak, penyanyi yang berasal dari Filipina itu membawa watak sebagai pesakit kanser duduk lemah tak bermaya di kerusi roda dan perhatian penonton semakin tertumpu di pentas apabila rambut Mark Adam dipotong oleh seorang hair-stylish secara langsung dan dibotakkan terus.
Persembahan ini menjadikan satu persembahan yang menarik di mana ia pertama kali dibuat dalam sejarah Separuh Akhir Muzik Muzik. Menurut Mark Adam, lagu ini dan persembahan malam tadi bertepatan dengan bulan untuk kempen mencegah kanser.
Budiey sempat menemubual Mark Adam sejurus di belakang pentas dan menurut Mark Adam, persembahan itu didedikasikan buat bapa beliau yang meninggal dunia kerana menderita mengidap penyakit kanser prostate.
Memang berat betul melihat penderitaan Mark Adam membawa lagu BERAT. Adakah lagu ini akan dipilih untuk layak ke Anugerah Juara Lagu? Sama-sama kita saksikan pada hari Jumaat depan.