Terbaru, tular video memaparkan pempengaruh berusia 19 tahun itu sedang disolek dan disoal mengenai perwatakan dirinya. Dalam video itu, Marissa mendedahkan dirinya seorang ‘introvert’.
“Marissa seorang yang introvert atau extrovert?”soal individu itu.
Kemudian, Marissa ditanya mengenai pekerjaan atau kerjaya yang akan diceburinya jika dia bukanlah seorang pempengaruh.
Anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi itu menjawab jika dia tidak bergelar pempengaruh dia akan menjalankan perniagaan dan minat dalam bidang tersebut.
“Marissa minat bisnes. Kalau saya tak jadi influencer (pempengaruh), mungkin saya akan menjalankan perniagaan,”katanya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen kecaman dan sindiran mengenai perwatakan dirinya yang ‘introvert’.
Dalam pada itu, meskipun ramai yang mengecam namun ada segelintir yang memuji kecantikan Marissa.
Terdahulu, kakak kepada Misya Mazlan aitu Nadiah Mazlan mengesahkan adik iparnya itu sudah berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.