Bekas pengacara E! News Asia ini tidak kelihatan seperti umurnya. Awet muda betul. Rata-rata rakan selebriti dan netizen mengucapkan selamat hari jadi pada Marion Caunter.
Menerusi sebuah video perkongsian menerusi akaun Instagram miliknya, jika diberi peluang Marion mahu berkongsi 4 perkara pada dirinya versi muda.
Pertama, “Marion, kamu adalah sempurna. Saya hanya memikirkan kekurangan pada usia muda seperti cara bercakap,cara berpakaian dan sebagainya.
Saya juga mahu memberitahu bahawa jangan terlalu memikirkan perkara remeh.
“Marion, kamu juga boleh capai apa saja yang diinginkan dalam dunia ini. The sky is the limit.”
Marion dikurniakan tiga cahaya mata selepas menamatkan zaman bujang pada 2010.