Setiap kali Budiey ke Singapura, pastinya sosok tiga bangunan hotel yang gah berdiri di lokasi yang strategik ini pastinya tidak terlepas dari pandangan mata. Well…. siapa yang tidak kenal dengan Marina Bay Sands yang sudah cukup dikenali sebagai satu bangunan paling ikonik di Singapura. Nampaknya, tahun ni maka genaplah 8 tahun hotel ini berdiri gagah memacu pembangunan di Singapura.
Dibuka awal tahun 2011, hotel di Singapura ini menaungi 2,561 bilik, ruang konvensi seluar 120,000 meter persegi, pusat membeli belah yang sangat besar sehingga sehari berada di sana pun tak cukup untuk mencuci mata melihat barang, serta kasino dengan 500 meja. Wow sungguh! Hotel yang cukup ikonik ini sememangnya wajib disinggahi, jika korang menjejakkan kaki di Singapura.
Budiey sangat berterima kasih kepada Marina Bay Sands yang sudi menjemput Budiey untuk menikmati penginapan yang cukup mewah selama empat hari tiga malam pada 14 April hingga 17 April lalu. Satu pengalaman yang takkan Budiey lupakan. Apa tidaknya, kami asyik dihidangkan dengan makanan dan juga servis yang tip top bertaraf lima bintang! Siapa yang tak nak lepaskan peluang ini, kan?
Hampir setiap kali menjengah masuk ke kamar, Budiey akan menjamu mata memandang di luar jendela kamar yang cukup menenangkan dengan suasana laut Selat Melaka dari tingkat 41, Tower 2.
Tidak kira sama memilih untuk menginap di kamar deluxe atau suite, setiap kamar diberi sentuhan moden dan urban bagi memberi keselesaan kepada tetamu yang menginap di sini. Dengan keluasan bilik dengan sentuhan rona natural yang menawan dengan hiasan kayu memberi suntikan elegan untuk ruang kamar.
Ditambah pula dengan keempukan bantal dan tilam yang dialas kemewahan linen, sudah tentu malam kita akan dibuat dengan mimpi indah.
Antara kemudahan yang disediakan di Marina Bay Sands, termasuklah kemudahan asas seperti internet dan banyak lagi lah.
Marina Bay Sands juga menyediakan pelbagai jenis restoran yang cukup eksklusif buat para tetamu.
Tak dapat kita nafikan hal yang paling penting untuk bercuti adalah memilih lokasi penginapan terbaik. Apa yang Budiey maksudkan, sah-sah la kita nak bercuti dengan aman, suasana yang nyataman, lokasi pula strategik dan harga pula berpatutan, betul tak?
Tapi di zaman milenial ni pulak, ada yang sibuk mementingkan spot mana yang cantik dan ohsem untuk berfoto dan akan dipostkan di Instagram.
Antara hotel yang mendapat perhatian dunia ialah Marina Bay Sands. Tak hairanlah pada tahun 2017, Instagram telah mengeluarkan satu senarai hotel yang paling banyak disiarkan ialah Marina Bay Sands Singapura menjadi hotel paling popilar di Instagram sepanjang tahun 2017.
Budiey rasa, antara sebab hotel ini mendapat pengiktirafan itu kerana kolam renang rooftopnya yang infiniti itu menjadi salah satu kolam renang terbesar di dunia. Memang ohsem! Budiey dah pun berenang dan bersantai di kolam renang yang sentiasa berpengunjung ini.
Secara ringkas, ini adalah lapan daya penarik yang menjadi pengalaman cukup manis sepanjang Budiey meniti masa menikmati ruang yang mewah di sana.
1.SPECTRA
Selepas check in, kami dibawa untuk makan malam di sebuah restoran yang diberi nama The Bird Southern Table & Bar. Selepas menjamu selera, Budiey sempat untuk menikmati satu persembahan pancuran air berwarna warni di depan waterfront Event Plaza sepanjang promenade diiringi dengan alunan muzik orkestra yang penuh dramatik yang digelar sebagai SPECTRA. Memang cukup spectacular sangat. Ianya bukan sekadar air pancuran biasa yang kita tengok, malah lebih dari itu, ia merupakan satu state-of-the-art light di mana persembahan cahaya yang ada nilai seni. Persembahan pancuran ini turut diselangi dengan pancaran cahaya laser , kesan air dan projection. Pertunjukan ini adalah satu multimedia extravaganza di mana ia diiringi dengan muzik orkestra yang dicipta oleh penerbit muzik bernama Kenn C yang terkenal dengan pencapaian dan kejayaan menerima anugerah.
2. The Signature Series Closing Party di Spago / LAVO
Tidak sah malam anda jika tidak menikmati suasana malam yang cukup happening di dua buah restoran yang terkenal dengan masakan yang lazat iaitu di Spago dan LAVO. Jika tidak tahu nak buat apa kat bilik selepas dinner, korang boleh datang berparty menikmati muzik sambil bersantai bersama teman di sini. Oh tak lupa, hidangan yang disajikan juga sangat sedap. Sambil makan, kami berborak tentang pengalaman yang kitorang akan tempuh esok. Wah, tak sabar untuk menanti esok sebab kami akan mengikuti satu pengalaman yang takkan dilupakan di mana kami berpeluang untuk ke Sidang Media bersama pelakon dan pengarah filem AVENGERS INFINITY WAR. Selepas makan-makan di Spago, kami kemudian ke LAVO yang terletak di South Garden di Sands SkyPark pulak di mana ia lebih tenang sebab bersebelahan dengan taman yang menghijau. Budiey sangat suka muzik yang dimainkan oleh DJ sebab ia sangat kena dengan jiwa Budiey yang suka irama popular di zaman 90’an. Cukup indah walaupun badan dah penat seharian travel. Tapi dapat diubati dengan pemandangan yang cukup ohsem melatari suasana di tingkat paling atas Marina Bay Sands.
3. Sidang Media Filem AVENGERS INFINITY WAR
Selain pusat membeli belah terbesar, Marina Bay Sands juga terkenal sebagai lokasi untuk events dan pameran yang diadakan di Sands Expo and Convention Centre. Agenda untuk hari kedua, pastinya acara yang Budiey tunggu di mana dapat melihat lebih dekat pelakon-pelakon filem AVENGERS INFINITY WAR iaitu Robert Downey Jr. yang memegang watak Iron Man atau Tony Stark, Benedict Cumberbatch (Doctor Strange) dan Karen Gillan (Nebula) bersama pengarah Joe Russo. Sebenarnya, ini bukan kali pertama Budiey berada di sini untuk sidang media yang dianggap ‘besar’ seperti ini.
Pada tahun 2014, Budiey pernah berada di lokasi yang sama untuk filem GUARDIAN OF THE GALAXY. Detik bertemu mata dengan pelakon filem itu terutama Zoe Saldana masih segar di mata sebenarnya. Sidang media filem yang tengah trending di sosial media ini berjalan lancar dan apa yang menariknya, kesemua pelakon memberi jawapan yang cukup bernas malah sangat menghiburkan. Diorang pandai buat lawak. Entertaining sangat.
4. Observation Deck
Oh ya, teringat pertama kali sampai di Marina Bay Sands beberapa tahun lalu, Budiey pernah naik ke Observation Deck dengan bayaran tertentu semata-mata untuk menikmati suasana indah dari atas tempat meninjau lokasi menarik di Singapura. Dari sini Budiey dapat lihat bangunan-bangunan yang berdiri gah sekitar waterfront. Jika korang menetap di Marina Bay Sands, boleh datang ke sini secara percuma. Cuma kepada korang yang tak stay di sini, bayaran $23 dikenakan. Tapi berbaloilah sebab dapat melihat suasana Singapura dari puncak tertinggi ini. Haa, bila lagi kan?
5. Digital Light Canvas
Seiring dengan teknologi yang canggih, Marina Bay Sands juga memberi satu pengalaman yang baru Digital Light Canvas di mana kita dapat menggunakan aplikasi yang cukup interaktif yang menggabungkan lampu, grafik seni dan cahaya serta skrin. Jika singgah di Marina Bay Sands, apa kata korang kena jenguk dan explore apa yang menariknya Digital Light Canvas. Dulunya, tempat ini terkenal dengan lokasi bermain ice-skating. Tapi sekarang daya penarik terbaru yang sangat ohsem. Kami sempat mencuba aplikasi ini di mana kita kena scan bar code di telefon bimbit dan kita dapat menukar jenis cahaya dan grafik yang kita nak. Lebih dari itu, kami juga cuba untuk buat kejutan untuk lamaran atau ucapan hari jadi buat seorang teman kepada rakan media.
6. Banyan Tree Spa
Penat dan lenguh-lenguh badan sebab jalan-jalan akan bisa terubati jika anda datang ke spa yang sangat sinonim dengan Marina Bay Sands iaitu Banyan Tree Spa. Kami sempat mencuba layanan dan urutan yang sangat best di spa ini. Pergh… gerenti selepas kena urut kat sini badan rasa ringan dan lega. Budiey tak nak cakap banyak la sebab apabila anda memijakkan kaki di spa yang telah memenangi pelbagai anugerah dek layanan hebat serta dekorasi yang cukup menenangkan.
7. ArtScience Museum
Senang je nak kenal ArtScience Museum kat mana. Bangunannya menyerupai bunga yang sedang mekar berwarna putih. Harga tiket masuk Artscience Museum S$17 untuk seorang. Dalam Artscience Museum, Budiey sempat meninjau Future World: Where Art Meets Science. Apabila karya seni digabungkan dengan kecanggihan teknologi dan sangat interaktif. Secara keseluruhan Future World ini terbagi menjadi empat bahagian dengan keunikan masing-masing. Sesuai dengan seisi keluarga sebab ada bahagian untuk kanak-kanak merangsang kreativiti seni mereka terutama sekali di Sketch Town. Seronok tengok anak-anak bermain warna yang cukup interaktif. Oh, kalau korang ke sini, tak sah singgah di bahagian Crystal Universe. Ia terdiri dari lampu kristal yang sangat banyak dari lantai hinggalah ke syiling menjadi tarikan utama para pengunjung untuk berfoto. Tak mustahil la kan, lokasi ini menjadi sangat trending di Instagram. Bahagian ini nampak sangat besar dan luas, hanya lorong kecil dengan lampu kristal di kanan dan kiri, disertai dengan muzik yang sangat soothing dan selari syncronize cahaya. Lampu kristal ini akan berubah warna mengikut mood music dan ia sangat ohsem!
8. Pengalaman Shopping Yang Extravaganza
Akhir sekali, apa lagi kalau bukan shopping. Bilang apa sahaja, semua ada kat Marina Bay Sands. Budiey sempat dibawa ke beberapa kedai yang sangat ‘rare’. Antaranya, kami singgah di kedai minyak wangi yang sangat premium iaitu Henry Jacques, kami singgah juga di kedai yang menjual gajet yang gempak iaitu DEVIALET, sebuah kedai yang menjual speaker berteknologi terkiini yang menggunakan formula Phantom Revolution. Pergh! Best!
Okaylah, rasanya itu dia lapan pengalaman extravaganza yang Budiey tempuhi sepanjang lawatan yang penuh dengan kemewahan di Marina Bay Sands. Terima kasih banyak di atas pengalaman ini.