Susu MARIGOLD HL hari ini telah mengumumkan usaha samanya dengan penyanyi tanah air, Ernie Zakri dalam memupuk rakyat Malaysia mengenai kepentingan gaya hidup aktif dengan menerapkan pengambilan susu dalam rutin harian mereka.
Ernie Zakri akan bersama-sama menjayakan sebuah kempen pendidikan ‘SuperMilk™’ bagi menonjolkan kelebihan susu sebagai sumber diet yang seimbang lagi berkhasiat untuk kesihatan yang menyeluruh.
Menurut Panduan Pemakanan Malaysia 2020, susu merupakan antara sumber makanan yang paling lengkap kerana ia mengandungi hampir kesemua komponen nutrisi yang penting untuk manusia.
Sungguhpun begitu, satu dalam tiga buah keluarga di Malaysia berdepan isu kekurangan mikronutrien yang penting seperti zat besi, kalsium, dan vitamin C & D.
Malah, satu daripada tiga kanak-kanak bawah usia 12 tahun tidak mempunyai akses pengambilan vitamin D dan kalsium yang cukup dalam diet harian mereka. Tinjauan oleh Statista juga menunjukkan bahawa 44% daripada respondennya juga tidak mengamalkan pengambilan sebarang jenis susu.
Menyedari keperluan untuk menangani isu ini, kempen MARIGOLD HL SuperMilk™ yang menampilkan Ernie Zakri sebagai duta jenama diharap dapat membantu rakyat Malaysia untuk memahami bagaimana dengan semudah pengambilan Susu MARIGOLD HL setiap hari, mereka dapat meningkatkan tahap nutrien serta mencegah pelbagai masalah kesihatan.
Sarat dengan 38% lebih banyak kalsium dan 31% lebih banyak protein berbanding susu biasa, Susu MARIGOLD HL juga merupakan sumber yang amat baik untuk 9 jenis vitamin yang penting, iaitu vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E serta asid folik.
Susu berkhasiat ini juga rendah laktosa dan lemak, menawarkan pengguna pilihan susu yang lebih sesuai lagi sihat. Kempen ini turut memberi tumpuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup aktif dengan meningkatkan tahap dan kepelbagaian aktiviti fizikal mereka.
“Kami komited ke atas kesejahteraan dan kesihatan para pengguna kami, sejajar dengan nilai-nilai organisasi kami. Kami berharap pelancaran kempen SuperMilk™ ini dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang pentingnya pengambilan susu, dan pada masa yang sama, menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami bertekad untuk terus memupuk Malaysia yang lebih sihat menerusi pelbagai produk tenusu & jus minuman kami yang berkualiti tinggi,” jelas Poh Eng Lip, Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn. Bhd., iaitu pengeluar produk-produk MARIGOLD.
“Kami juga berbesar hati mengalu-alukan Ernie sebagai duta jenama Susu MARIGOLD HL. Beliau telah menempa nama dan pencapaian besar dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Kami kagum dengan etika kerja beliau, serta sikap positif dan dedikasi beliau terhadap kesihatan dan kecergasan,” tambah Poh Eng Lip.
Berkongsi keterujaan atas usaha sama antara Susu MARIGOLD HL dan Ernie Zakri, Yap Jay Queen, Ketua Pemasaran untuk Cotra Enterprises, iaitu divisyen pemasaran di bawah Malaysia Milk turut menyatakan, “Jenama kami telah lama membina reputasi atas kualitinya dan diyakini oleh para keluarga di seluruh Malaysia. Kami percaya Ernie mempunyai nilai-nilai yang tepat bagi membantu mempromosikan kempen SuperMilk™ ini dan memberi inspirasi untuk lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan mereka secara positif.”
Sepanjang kempen SuperMilk™ ini, Ernie Zakri akan menyingkap bagaimana pengambilan Susu MARIGOLD HL memperbaiki kualiti kehidupan beliau dan seisi keluarga. Kempen ini juga akan mendidik rakyat Malaysia bagaimana Susu MARIGOLD HL dapat membekalkan mereka dengan pelbagai jenis mikronutrien yang penting.
“Saya amat berbesar hati kerana dipilih untuk menjadi duta jenama Susu MARIGOLD HL. Sebagai seorang ibu yang berkerjaya, saya memahami betapa pentingnya sumber tenaga dan pemakanan yang sihat untuk diri saya dan juga keluarga. Susu MARIGOLD HL memberikan saya sumber tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian, dan saya dapat berlapang dada kerana keluarga saya juga memiliki akses ke atas khasiat-khasiat nutrien penting yang mereka perlukan di rumah. Saya berasa amat bertuah atas peluang untuk mewakili sebuah jenama yang mementingkan kesejahteraan para keluarga, sama seperti keluarga saya,” ujar Ernie Zakri, duta jenama Susu MARIGOLD HL.
Tidak asing dalam dunia hiburan tempatan, Ernie Zakri merupakan penyanyi Malaysia yang juga seorang guru vokal telah memenangi pelbagai anugerah, mula menempa nama dengan memenangi program Bintang RTM pada tahun 2009, dan kemudian menyusul dengan lagu hit beliau, ‘Aku Cinta’ bersama suaminya, Syamel. Ernie telah berjaya merangkul anugerah-anugerah seperti Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu Ke-32, anugerah Asean Master Class Award dalam ‘Emerging Performance Artist’ dan banyak lagi, yang turut mewarnai portfolionya.
Sebagai usaha sama dengan Susu MARIGOLD HL, Ernie Zakri akan membuat penampilan eksklusif semasa acara roadshow yang akan memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan beliau serta mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Susu MARIGOLD HL. Butiran roadshow tersebut adalah seperti berikut:
- Mydin USJ: 2 petang – 4 petang, 18 Jun (Ahad)
- Mydin Bertam, Pulau Pinang: 2 petang – 4 petang, 25 Jun (Ahad)
- Mydin Mutiara Rini, Johor: 2 petang – 4 petang, 8 Julai (Sabtu)
- Mydin Gong Badak, Terengganu: 2 petang – 4 petang, 15 Julai (Sabtu)
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai inisiatif MARIGOLD dan aktiviti akan datang, sila layari laman sesawang MARIGOLD di https://www.marigold.com.my/whats-new/.
Mengenai Malaysia Milk dan Cotra Enterprises
Malaysia Milk Sendirian Berhad (MMSB) ditubuhkan pada 1969 dan memulakan operasi pengilangannya sendiri pada 1977. Syarikat yang memasarkan dan mengedarkan produk MARIGOLD dan VITAGEN di bawah bahagian dagangannya, Cotra Enterprises Sdn. Bhd. MARIGOLD memiliki dua jenama utama, Susu Rendah Lemak MARIGOLD HL dan MARIGOLD PEEL FRESH, kedua-duanya diiktiraf Nielsen Malaysia sebagai jenama Susu Rendah LemaK Pasteur No. 1 Malaysia dan Jenama Jus Buah Pasteur No. 1 Malaysia. MARIGOLD menetapkan penanda aras yang tinggi dalam mencapai kesempurnaan mengekalkan kualiti nutrisi dan kesegaran meliputi semua jenamanya.
Produk di bawah jenama MARIGOLD termasuk: Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL, MARIGOLD Moo Fresh, Susu UHT MARIGOLD, MARIGOLD Peel Fresh, Jus 100% MARIGOLD, Minuman Asia MARIGOLD, Minuman Buah MARIGOLD, Yogurt MARIGOLD, Minuman Yogurt MARIGOLD, MARIGOLD Desserts, Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD.
Untuk maklumat lanjut syarikat, sila layari www.mmsb.com.my
Bagi maklumat berkaitan jenama dan produk MARIGOLD, layari:
www.marigold.com.my