Pelakon primadona seniwati, Mariani atau Mariam Ismail, 82, disahkan meninggal dunia akibat kanser usus di kediamannya di Sentul pada jam 7.32 malam tadi (1 Disember 2015).
Berita sedih itu disahkan sendiri oleh anak pelakon itu, Melissa Saila. Setakat ini, Melissa ketika dihubungi sedang menguruskan jenazah ibunya.
Al-Fatihah… Kami di Budiey.com ucapkan salam takziah atas pemergian seniwati Mariani Ismail yang juga ibu kepada Melissa Saila yang baru saja menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.
Mariani Ismail pernah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Tokoh Lakon Filem Melayu di malam Anugerah Tribute P. Ramlee di Angkasapuri.
Sedang di laman sosial, beberapa orang selebriti dan insan yang terlibat dalam dunia hiburan telah melahirkan salam takziah.
Michael Ang:
Al Fatiha untuk Dua insan Yg istimewa ini! Pada seniwati Mariani saya rasa amat Bangga dpt bekerja dengan beliau dlm beberapa project antaranya karya terawal saya! Pada Pak Yus Jambu walaupun mula kenali dia Cuma seketika Dlm super sepontan Dah cukup utk memberitahu aku Yg dia seorang Yg baik Dan pemurah!
Harry Jalil, PR Dewan Filharmonik PETRONAS:
Farewell seniwati Mariani, the last few screen doyennes left from the Golden Age of Malay cinema. I am privileged to kiss you this afternoon after being called by @melissa_saila. Selamat tidur, Mummy. I am so gonna miss your love & warmth that you have showered all of us, your family, friends & fans. Such an endearing figure, much loved. Will sorely be missed. Alfatihah. Dunia seni semakin sunyi.
Mista Harry – Peminat Filem:
Dahulu..sewaktu hendak ke sekolah menaiki bas, aku selalu ternampak beliau bersama cucunya bersama menaiki bas. Memang keraplah juga terserempak kerana kami tinggal di kawasan yang berhampiran.. Harini, beliau telah pergi menyahut seruan Illahi.. Tiada lagi Manisah dalam filem P.Ramlee.. Al-Fatihah buat keluarga Allahyarhamah Seniwati Hajjah Mariam @ Mariani Ismail.