Penyanyi antarabangsa, Mariah Carey telah tiba di Kuala Lumpur selepas selesai mengadakan persembahan di Jepun semalam.
Biarpun keletihan, penyanyi antarabangsa, Mariah Carey sempat melayan para peminat yang menanti ketibaannya di hotel dia menginap sekitar tengah hari tadi.
Pagi tadi, Mariah Carey ada siarkan gambar di Facebook berlatar belakangkan Menara Berkembar KLCC. Carey menulis: Good Morning Kuala Lumpur.
Menerusi Instagram @malaysianlambs, peminat yang setia menanti di hadapan hotel dilihat mengerumuni diva popular dengan lagu We Belong Together itu sambil memintanya untuk menurunkan tandatangan.
Sementara itu, gambar yang dimuat naik Carey di Instagram yang berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas disukai lebih 100 ribu peminat dan menerima lebih dua ribu maklum balas.
Penyanyi berusia 48 tahun itu bakal mengadakan konsert jelajah Asia Mariah Carey: Live In Concert di sini pada 16 Oktober ini yang turut menjadikan ia sebagai persembahan ketiga Carey di Malaysia.
Kuala Lumpur merupakan destinasi pertama di Asia Carey sebelum berangkat ke Taipei pada 18 Oktober nanti. –