in

Marcell Mahu Jadi Contoh Terbaik Buat Anaknya Untuk Dikenang

Penyanyi Marcell Siahaan, 45, bimbang suatu hari nanti anak-anaknya malu mengaku dia sebagai bapa dan ingin berikan contoh terbaik untuk mereka kenang sampai bila-bila.

Menurut Marcell, sebaiknya dia ingin terus wujudkan komunikasi berkesan untuk mengajar anak-anaknya berhubung perjalanan hidup serta cara menanganinya.

“Banyak hal selama saya hidup, saya tak banggakan. Saya berharap anak-anak lelaki saya jadi seseorang yang mempunyai prinsip dan maruah.

“Saya cuma ingin suatu saat bila saya sudah meninggal, lalu anak-anak saya ditanya siapa bapanya, mereka tidak malu menjawab nama saya.

“Jangan sampai ditanya nanti siapa bapanya, mereka tukar topik. Wah kalau begitu, saya boleh bangkit semula dari kubur,” katanya dengan nada berseloroh.

Penyanyi lagu Semusim itu juga senang apabila anak sulungnya Keenan Avalokita Kirana mengikut jejak dalam bidang muzik.

Bagaimanapun, dia menjadi tanggungjawab besarnya turunkan ilmu dimiliki.

“Saya katakan padanya, selagi masih ada fizikal, mental dan rohani yang kuat untuk bermain muzik, gali serta kuasainya. Bila sudah menguasainya, baru tenang menjalani niat yang lain.

“Selama lebih 20 tahun berkarya, misalnya daripada 10 aspek, cuma empat yang berguna. Selebihnya, suka bertangguh, pandang remeh, sombong, tegakkan diri dari kemalasan.

“Yang empat itu cuma ketahanan diri dan rasa bersyukur,” katanya.Marcell ditemui pada sidang media pengumuman konsertnya Marcell Dua Dekade Live In Kuala Lumpur, semalam.

Konsert anjuran The Jay Events & Media itu akan berlangsung pada 9 Disember, jam 8.30 malam, di Zepp Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ONE PATH

“Sebenarnya Tak Perlukan Elemen Maksiat Untuk Jadi Trending,” – Netizen

Seniwati Fauziah Nawi Akui Ada Sebab Tidak Menonton Filem MAT KILAU