Dan yang terbaharu, tular dan heboh diperkatakan di media sosial sebuah video rakaman situasi di hub pengumpulan barang syarikat penghantaran, J&T Express telah membuka kembali isu pembayaran komisyen tersebut. Menerusi video tersebut, pekerja syarikat penghantaran itu kelihatan membaling parcel dan bungkusan yang terdapat di hub sambil menjerit sebagai tanda mogok kepada pihak pengurusan.
Lantaran perkongsian video tersebut, rata-rata netizen tampil berkongsi keadaan parcel mereka yang kemek,rosak dan koyak dipercayai kerana dicampak seperti yang ditunjukkan dalam rakaman tersebut.
Selain itu, ada di kalangan netizen yang turut melaporkan kehilangan barang kerana dipercayai dicuri oleh pekerja syarikat penghantaran berkenaan.
Memahami motif disebalik tindakan yang dibuat, rata-rata dari netizen turut menzahirkan rasa simpati mengenai nasib yang menimpa pekerja syarikat penghantaran itu. Namun begitu mereka juga berpendapat, para pekerja tidak sepatutnya melepaskan kemarahan kepada barangan dari pembeli, sebaliknya salurkan rasa tidak puas hati itu terus kepada pihak pengurusan.
Ramai yang tak faham, apa yang bermain dalam kepala otak pekerja J&T yang mogok dan rosakkan barang yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan.Kau ada masalah dengan pihak atasan, kenapa kau nak rosakkan barang orang. Lepas tu, suruh pelanggan minta ganti rugi daripada seller.Kau ingat, yang buat keputusan potong duit kau tu, seller dan customer ke?
Para netizen juga tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pekerja dan meminta agar syarikat berkenaan menjaga kebajikan pekerja mereka dan memberikan bayaran yang sepatutnya. Apakah pendapat anda akan isu ini? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.