Perkara tersebut turut dirasai oleh anak perempuan kepada selebriti terkenal iaitu Jep Sepahtu dan Sari Yanti baru-baru ini.
Menerusi posting di Instagram, Sari Yanti telah memuat naik video Dariya Inara bersama dengan adik lelakinya. Dalam masa sama, kanak-kanak perempuan itu memeluk dan memanggil nama Khidir dalam nada yang lembut.
Dia turut melentokkan kepalanya di atas tilam seolah-olah ingin menarik perhatian dan bermanja dengan baby tersebut.
Isteri kepada Jep Sepahtu turut menyifatkan telatah yang ditunjukkan oleh anak perempuannya itu seperti seorang kakak penyayang.
Di ruangan komen posting berkenaan, dibanjiri dengan komen netizen dan rata-ratanya memuji Dariya Inara memiliki sifat penyayang kerana pandai menjaga adiknya.
Selain itu, mereka turut mengatakan kecomelan yang dimiliki oleh si cilik itu sama seperti ibunya. Secara keseluruhan, video tersebut berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.