in ,

Kempen Manis Ramadan, Meriah Lebaran di 11street Sangat Menguntungkan!

Melihat pada keadaan zaman sekarang, Budiey rasa, dah tiba masanya Budiey nak membeli belah secara bijak. Maklumlah ekonomi dah gawat ni. Semua barang dah naik melambung. Berbanding tahun lepas, Budiey biasanya akan shopping raya di bazaar dan festival.

Tapi tahun ini, memandangkan masa yang sangat terhad sebab sibuk sangat dan banyak kerja lain nak kena selesaikan sebelum cuti raya. Terpaksalah tahun ini Budiey shopping baju raya dan segala kelengkapan untuk raya secara online sahaja. Jimat masa dan tenaga, betul tak?

Portal yang Budiey selalu layari ialah 11street, layari: www.11street.my. Memang dari dulu lagi dah obses dan jadi peminat fanatik dengan portal membeli belah e-mall 11street ni.

Semua barang kelengkapan hari raya ada dijual. Tak payah nak susah-susah keluar rumah pergi kedai, start kereta, membazir masa dan kekadang tu kita pun boleh tersesat semata-mata nak cari barang yang kita nak.

11street menawarkan macam-macam kategori produk yang berkualiti dengan harga yang kompetitif. Dari fesyen, barangan elektronik, barangan rumah, barangan sukan, kesihatan, kanak-kanak & bayi, barangan runcit dan perkhidmatan dan buku. Pendek kata, memang perfect la sebab semua barang ada kat 11street ni. Bukan hanya produk dalam Malaysia je ada kat dalam 11street malah, produk luar negara pun ada.

raya-masthead-2

[dropcap]B[/dropcap]ersempena dengan kedatangan Syawal tahun ini, 11street melancarkan kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ untuk memeriahkan lagi dan menjadikan pembelian kita tu lebih bermakna dan menyeronokkan. Tang mana seronoknya? Haa, baca sampai habis okay, Budiey akan cerita.

Dengan adanya Kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ ini, 11street merancang pelbagai tawaran seperti Ramadhan Lowest Price Shocking Deals, Do Good Deals, Beli Sambil Memberi, 11street Raya Sales [Unlimited Coupons Giveaway] dan Lebaran Luster Raya Collection dan banyak lagilah.

  1. Ramadhan Lowest Price Shocking Deals!

Bulan puasa sebenarnya bulan untuk kita berjimat, bukan bulan untuk kita membazir. Jadi, tawaran harga rendah sempena bulan Ramadan di 11street memang ohsem sangat dan sesuai dengan gaya hidup kita sekarang yang perlu berjimat cermat dan bijak mencari mana yang lebih murah dan terbaik untuk kita beli.

Bukan satu, bukan dua, tapi banyak jugaklah kategori barang yang ditawarkan dengan harga paling murah. Pendek kata, harga jatuh sampai ke lantai dengan 110% kredit (ke-atas perbezaan harga) dikembalikan kalau korang dapat tahu ada laman online shopping lain yang tawarkan pada harga lebih rendah. Memang menjimatkan. Kalau tak caya lagi, korang boleh cuba layari Ramadhan Shocking Deals di 11street.

Tapi dalam banyak-banyak tawaran tu, ada dua barang atau items yang menarik minat Budiey untuk membelinya. Pertama, Budiey beli baucer buffet berbuka puasa ASEAN ASAL PEDAS SWISS GARDEN HOTEL dengan harga RM59.90 di mana harga asalnya RM118.00. Boleh jimat sebanyak 49%. Fuh! Untung! Barang kedua yang Budiey beli ialah Tefal Essential di mana harga asal RM450.00 tapi Budiey boleh dapat dengan harga RM279 sahaja di 11street.

Korang jangan lagi nak paranoid tak tentu pasal atau risau dengan harga yang mahal dah sekarang ni. Sebenarnya, kalau korang beli di 11street lagi murah. Nak-nak kalau korang beli voucher buffet berbuka puasa di hotel tu kan. Bayangkan harga seorang untuk berbuka RM169 akan jadi 99.90 sahaja. Untungkan? Bukan hanya voucher berbuka je, malah banyak lagi barangan yang ditawarkan dengan harga menjimatkan seperti gajet dan perhiasan rumah serta kelengkapan hari raya yang lain.

11STREET RAYA

  1. Do Good Deals. Beli Sambil Memberi

Sepanjang Ramadhan ini, anda boleh beli pada harga lebih tinggi untuk memberi sedekah kepada kanak-kanak yang memerlukan. Setiap wang ekstra daripada pembelian anda itu akan digandakan oleh 11street sebelum disumbangkan!

11street bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Budimas untuk menyediakan hidangan paling penting kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi satu kempen kebajikan atas talian.

Sikit sebanyak Kempen Do Good Deals 11street membawakan senyuman kepada pelanggan atas setiap ringgit tambahan yang dikeluarkan. 11street akan mendermakan wang tersebut untuk membantu kanak-kanak di Malaysia, ketika pelanggan membeli-belah keperluan Raya mulai 6 Jun hingga 5 Julai 2016.

11STREET RAYA

[dropcap]B[/dropcap]udiey dah pun jenguk di laman ‘Do Good Deals’ kat 11street, di mana kita boleh memilih untuk membayar harga sumbangan ke atas beberapa produk terpilih di mana harganya sedikit tinggi berbanding harga runcit yang dicadangkan.

Ini bermakna, apa jua wang tambahan yang disumbangkan oleh pembeli akan disalurkan dengan sebaiknya oleh 11street. Semua hasil sumbangan kemudian akan didermakan untuk membantu menyediakan makanan kepada kanak-kanak di sekolah luar bandar di Malaysia.

Pilihan produk dari pelbagai kategori – daripada Fesyen, gajet, barang hiasan rumah dan juga barangan runcit! Sebagai contoh, Budiey membeli electric stainless steel lunchbox dengan harga RM64 di mana harga asalnya RM7 lebih murah.

Jadi wang RM7 itu sebenarnya akan diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Lebih bagus lagi, 11street akan gandakan pula jumlah yang kita sumbangkan sebagai pembeli. Jadi, menggunakan contoh yang sama, 11street akan sumbangkan juga RM7 untuk menghasilkan jumlah keseluruhan sebanyak RM14 untuk disumbangkan.

PC_RayaSale_01062016

  1. 11street Raya Sales (Pemberian Kupon Tanpa Had)

Untuk persiapan Raya ini, jangan ketinggalan untuk dapatkan kupon Raya di 11street sebanyak 50% diskaun. Kupon Untuk Semua sebab unlimited!

Budiey dah pun download atau muat turun kupon ini. Haa, ini dia, dapat 11% potongan harga untuk mana-mana barang yang Budiey beli di 11street. Jadi, korang apa tunggu lagi, cepat pilih barang di 11street dan terus download kupon ini. Korang kena cepat download sebab tawaran kupon diskaun ini akan tamat pada 30 Jun ini.

11STREET RAYA

  1. Lebaran Luster Raya Collection

Lebaran Luster Raya ni apa pula ya? Okay, senang. 11street menawarkan kepada anda koleksi fesyen terkini dari pereka fesyen dan jenama fesyen terkenal seperti rekaan daripada Adam Liew Melbourne, Ruzz Gahara, Gupta PLUS by SyomirIzwa dan VARIANTE. Koleksi Lebaran Luster 11street ini menawarkan seleksi pilihan fesyen Raya untuk wanita, dalam pelbagai saiz.

‘LEBARAN LUSTER’ memenuhi pelbagai gaya dan saiz yang boleh dimiliki dari batik moden, gaya chic Perancis hinggalah keanggunan klasik, menghasilkan kepelbagaian kepada pelanggan

Jadi inilah masanya untuk meriahkan gaya Raya anda dengan Lebaran Luster ni.

Kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran
Kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran

Selain ianya produk atau jenama yang eksklusif 11street menawarkan promosi harga istimewa di mana pelanggan dapat menikmati 50% potongan untuk jenama VARIANTE dan Gupta PLUS by SyomirIzwa. Bukan itu sahaja, anda juga diberikan penghantaran percuma. Tak perlu bayar lagi dah untuk khidmat kurier penghantaran tu.

Dengan hanya beberapa klik, miliki rekaan fesyen ekslusif dan serlahkan gaya Raya anda dengan lookbook ‘LEBARAN LUSTER’. Pelanggan boleh menyemak-imbas lookbook tersebut dan mencontohi gaya idaman dari profesional ataupun menonton video pertunjukan fesyen ‘Out-of-the-box’ di laman promosi 11street. Pelanggan 11street boleh memilih pelbagai pakaian dari harga RM169 sehingga RM1,250.

Kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran

Hari raya tinggal dua minggu je lagi. Jadi, Budiey rasa ada masa lagi untuk Budiey shopping di 11street ni sebab khabarnya ada banyak lagi tawaran barangan yang akan berubah setiap minggu. Jadi, nak tak nak kenalah layari laman web 11street ni setiap hari. Sebab tak nak terlepas tawaran dan potongan harga yang cukup menjimatkan. Korang jangan lupa untuk mendaftar jadi ahli dan sentiasa akan menerima notifikasi di emel korang tu.

Bagi mendapatkan keperluan Ramadan dan Hari Raya anda, sila layari laman web 11street.my atau muat turun applikasi 11street dari Google Play store ataupun Apple App store.

Akhir kata untuk anda semua pembaca setia, paling menguntungkan membeli belah di 11street hari raya ini untuk mendapatkan diskaun sebanyak 95% potongan. Diulangi sekali lagi 95% diskaun! Haa, siapa tak nak! Budiey pun nak gak ni! Tak rebut peluang ni korang rugi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Bazar Syukur Selalu, Johor Bahru

​​​​​​​AirAsia’s #GREEN24 Climate Change Menang Anugerah