in ,

Mangsa Rogol Takut Nak Buat Report Polis Selepas Diugut Saman & Ibu Tak Izinkan

“Saya tiada kekuatan untuk membuat laporan polis sebelum ini kerana takut selepas diugut,” kata seorang wanita berusia 23 tahun yang mendakwa menjadi mangsa rogol pendakwah muda seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Wanita yang dikenali sebagai Mia (bukan nama sebenar) itu berkata, antara sebab lain dia tidak membuat laporan ketika itu adalah kerana ibu bapanya tidak mengizinkan. 

“Pendakwah terbabit pernah ugut nak saman jika saya buka mulut atau membuat laporan polis. Ibu bapa juga tidak benarkan saya membuat laporan polis kerana malu jika perkara ini menjadi kecoh dan diketahui ramai.

“Namun, selepas mendapat sokongan dan bantuan daripada beberapa pihak, saya beranikan diri untuk membuat laporan polis, Rabu lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, dia berharap laporan yang dibuat dapat menegakkan keadilan selepas melalui pelbagai derita dalam hidup. 

“Saya berharap selepas ini keadilan dapat ditegakkan sekali gus membayar semula derita yang pernah saya alami sebelum ini. Sedikit sebanyak dapat melegakan hati selepas memendamnya sekian lama,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pendakwah selebriti ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam, Selangor, tahun lalu. 

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima laporan mangsa berusia berhubung perkara itu, semalam. 

Katanya, mangsa dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram pada 11 September tahun lalu.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menteri Agama Siap ‘Video Call’, Doakan Alif Satar Sembuh Covid-19

DIDI FRIENDS

Tahniah! DIDI & FRIENDS Bahasa Indonesia Dah Cecah 1 Juta Langganan di Youtube