[dropcap]S[/dropcap]uatu masa dahulu kita melihat sekolah atau sesebuah institusi sahaja merupakan wadah utama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Namun kini pelbagai cara menarik dan lebih interaktif digunakan bagi mempelajari dan memahami sesuatu dengan lebih mudah. Bukan hanya dengan kelas tambahan, kanak-kanak dapat memperkuat kemahiran pembelajaran mereka. Kanak-kanak zaman moden juga mampu belajar menerusi rancangan kartun kegemaran mereka yang rata-ratanya mengajak mereka untuk turut sama berfikir.
Apatah lagi dengan kehadiran pelbagai teknologi moden dan aplikasi-aplikasi berfaedah. Melihat kepada perubahan arus masa kini, ntv7 hadir sekali lagi dengan rancangan kuiz permainan Mandarin Battle Star yang mendapat sambutan yang menggalakkan yang memasuki musim ke-4 bermula 23 Jun, setiap hari Ahad, jam 7.00 malam – 8.00 malam dan sekali lagi disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
[pullquote align=”right”]Mandarin Battle Star Musim 4 Rancangan pendidikan menarik dan membina minda kembali di ntv7[/pullquote]
Rancangan kuiz permainan ini pastinya dapat memberi kanak-kanak peluang untuk belajar sambil bermain secara serentak. Bagi anak-anak yang mengambil kelas berbahasa Cina – Mandarin Battle Star – pastinya rancangan yang tepat kerana ianya menguji murid-murid sekolah rendah akan kefasihan berbahasa Mandarin dan pengetahuan am mereka.
Apa bezanya musim ini? Istimewa kali ini, murid-murid yang terpilih akan mendapat bantuan tambahan daripada selebriti kegemaran mereka dan membuat lawatan sambil belajar. Malah peserta Top 4 dari pertandingan perbahasan sekolah rendah jenis kebangsaan akan turut menyertai pusingan separuh akhir bagi memberi saingan dan menguji kemahiran dan kebolehan peserta-peserta asal yang bertanding.
Dihoskan oleh Tan Ley Teng dan Rickman Chia, para peserta akan dibahagikan kepada empat kumpulan untuk bersaing di pusingan penyingkiran di mana mereka akan diuji mengenai pengetahuan am, berita dan hal ehwal semasa, sejarah dan kesusasteraan, kepetahan berbahasa cina dan pengucapan awam. Malah peserta juga berpeluang untuk bersaing dengan selebriti kegemaran mereka yang turut serta sebagai pembantu bagi setiap kumpulan. Proses pemilihan telah dilakukan di peringkat awal melibatkan rata-rata sekolah dan mereka diberikan beberapa siri soalan di mana sekolah dengan markah tertinggi layak menyertai pertandingan tersebut.
Sekolah Top 16 yang layak menyertai rancangan kuiz Mandarin Battle Star 2013 adalah: SJK(C) Li Hwa (Penang); SJK (C) Kulai 1 (Johor); SJK (C) Lick Hung (Selangor); SJK (C) Kuo Min (Negeri Sembilan); SJK (C) Keat Hwa K (Kedah); SJK (C) Chong Cheng (Kedah); SJK (C) Sam Chai (Perak); SJK (C) Taman Rashna (Selangor); SJK (C) Pu Sze (Johor); SJK (C) Pin Hwa 1 (Selangor); SJK (C) Kim Sen (Penang); SJK (C) Kwang Hwa (Penang); SJK (C) Chung Hua (Selangor); SJK (C) Chung Hwa Cawangan 1 (Penang); SJK (C) Tshing Nian (Selangor) and SJK (C) Jelutong (Penang).
“Ada sebab kami menggelar stesen kami sebagai Saluran Ceria Anda. Setiap rancangan yang kami siarkan harus seiring dengan cogan kata kami begitu juga dengan rancangan Mandarin Battle Star sebuah rancangan yang mendidik tetapi dengan pendekatan yang menceriakan sesuai dengan penonton ciliknya,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.
“Mandarin Battle Star musim keempat pastinya rancangan yang harus ditonton oleh semua murid-murid sekolah rendah kerana pertandingan ini bakal lebih menarik dan mencabar. Dalam musim-musim sebelum ini kami mendapati kanak-kanak masa kini boleh melakukan lebih dari apa yang mereka fikir mampu. Mereka hanya perlu lebih berusaha dan lebih yakin di mana kami telah mengolah beberapa idea yang bakal membantu mereka untuk mencapai matlamat ini,” tambah Airin.
“Kami amat berterima kasih di atas sokongan daripada Kementerian Pelajaran dan Vitagen yang turut menjayakan rancangan ini,” kata Airin.
“Tahun ini menyaksikan penyertaan yang amat menggalakkan. Sejumlah 132 buah sekolah mengambil bahagian termasuklah dari Sabah dan Sarawak. Dari jumlah itu juga, seramai 396 murid-murid telah urut serta,” kata Airin lagi.
Jangan lupa menyaksikan Mandarin Battle Star musim ke-4 bermula 23 Jun 2013, setiap hari Ahad jam 7.00 malam hingga 8.00 malam di ntv7, Saluran Ceria Anda.
Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter.