Sama-sama kita doakan semoga Mamat Khalid cepat sembuh dan dapat meneruskan kerja seharian lebih baik. Menurut laporan yang disiarkan di Portal Gempak, sejak sebulan lalu dia mengalami masalah kencing tidak lawas yang menyebabkannya terpaksa berehat seketika.
“Ia juga melibatkan buah pinggang yang berkemungkinan berpunca dari masalah kencing,”
– Mamat Khalid
Mamat hadir memberi sokongan kepada rakannya, Aziz M Osman ketika tayangan perdana filem XX Ray III di Mutiara Damansara, Selangor malam tadi.
Buat masa ini, Mamat masih menetap di Tanjung Malim, Perak untuk menguruskan bisnes Sarang Art Hub.
Dalam pada itu, pengarah filem Hantu Kak Limah ini memberitahu sambutan pementasan Teater Muzikal Hantu Kak Limah di MAPS Theatre, Movie Animation Park Studio, Ipoh Perak pada penghujung tahun lalu berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.
“Sambutan cukup memberangsangkan sehingga persembahan pada setiap hari penuh.
“Menariknya, kebanyakan pengunjung yang datang bukan dari penduduk tempatan,”
– Mamat Khalid
Atas sambutan itu, Mamat mengatakan dia bersama penganjur merancang untuk mengadakan pementasan teater tersebut sekali lagi untuk tahun ini dalam masa terdekat.
Sumber: Portal Gempak