Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis selepas ditahan malam Ahad lalu bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah. Menurut Mamat, dia rasa bersalah kerana mengecewakan ahli kumpulannya dan peminat dan sehubungan itu dia rela hati ingin memasuki pusat pemulihan sebaik sahaja Konsert Reunion Exists di Malaysia dan Singapura selesai diadakan.
“Saya mohon maaf kepada peminat dan pihak media yang sudah menguar-uarkan konsert ini. Semua yang berlaku ini di luar jangkaan saya dan saya berjanji akan berikan yang terbaik semasa konsert reunion itu nanti.
“Saya tidak boleh beri komen lanjut mengenai hal penangkapan itu kerana masih berada di bawah siasatan polis.
“Saya juga akan memasuki pusat pemulihan buat kali pertama kerana ingin membebaskan diri daripada dadah agar kesilapan lama tidak berulang lagi. Saya harapkan sokongan dan dorongan anda di luar sana,”
– Mamat Exists
Mamat berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media yang diadakan di Hotel Alila, Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.
Mamat Exists Mohon Maaf & Bakal Masuk Pusat Pemulihan Dadah
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim memberi jaminan Mamat akan tetap muncul dalam konsert reunion seperti yang telah dirancangkan.
“Mamat akan tetap muncul dalam konsert ini kerana tanpa Mamat tak lengkap Konsert Exists Reunion.
“Dia dibebaskan dengan jaminan polis dan kesnya akan mengambil masa dalam beberapa bulan dan saya yakin dan menaruh separuh kepercayaan dia akan muncul pada malam konsert itu nanti,”
– Shirazdeen Karim
Konsert Reunion Exists akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September ini.
Exist yang ditubuhkan pada 1991 dianggotai oleh Mamat dan Ezad selaku vokalis, Ajai (keyboardist), Shah (pemain gitar), Musa (pemain bass), Along (pemain gitar) dan Ujang (pemain drum).
Konsert Reunion Exists juga akan diadakan di The Theatre Mediacorp, Singapura pada 5 Oktober ini.
“Saya Mohon Maaf,”- Mamat
Vokalis kumpulan Exists, Mamat memohon maaf kepada semua pihak selepas insiden ditahan polis pada malam Ahad lalu.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamaruddin turut meluahkan rasa kesal dengan apa yang terjadi kerana apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya.
Jelas lelaki berusia 41 tahun itu, dia masih terkejut dengan apa yang terjadi dan menyerahkan kepada polis untuk meneruskan siasatan.
“Saya menjanjikan persembahan terbaik pada konsert nanti dan akan sentiasa menjaga kesihatan.
“Apa yang berlaku sebelum ini amat mendukacitakan terutama buat rakan-rakan Exists,”
– Mamat Exists
Beliau berkata demikian pada sidang media khas Konsert Exists Reunion di sini hari ini.
Turut penganjur konsert Exists Reunion, Shiraz Projects iaitu Shirazdeen Karim dan ahli Exists.
Dua hari lalu, Mamat dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada malam Ahad lalu.
Penahanan itu mengejutkan para peminat kumpulan Exists dengan berita penangkapan penyanyi lelaki itu di Taman Perling, Johor Bahru, Johor.
Ketika ditahan, polis turut menemui peket lutsinar yang dipercayai sejenis dadah.
Diminta mengulas dakwaan masyarakat dengan sikap yang tidak serik dengan gejala dadah, Mamat mengakui bukan mudah untuk berubah dan menjauhi daripada ketagihan najis nombor negara itu.
Jelasnya, apatah lagi dia sering kesunyian tanpa anak-anak di sisinya yang tinggal bersama bekas isterinya.
Katanya, waktunya banyak terluang dengan rakan-rakan ‘negatig’ yang menjadi antara faktor dia masih terjebak dengan aktiviti tidak sihat itu.
“Saya mula berubah sejak setahun yang lalu dan rakan-rakan Exists telah menyarankan saya masuk ke pusat pemulihan.
“Bukan mudah hendak berubah dan kena ada dorongan dan bantuan kuat. Punca ambil dadah ini bergantung kepada diri sendiri dan hendak berubah atau tidak,”
– Mamat Exists
Mamat memberitahu, sebagai langkah berjaga-jaga, dia akan tinggal di sini sehingga konsert berakhir sambil dipantau pergerakannya oleh rakan-rakan Exists.
‘Kami Tak Kurung Mamat’ – Shiraz
Penganjur Exists Reunion, Shiraz Projects, memberi jaminan, Mamat, akan tetap beraksi pada kedua-dua konsert kumpulan berkenaan, masing-masing di Stadium Malawati, Shah Alam dan The Theatre At Mediacorp, Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shirazdeen Karim, berkata walaupun penyanyi itu terpalit kontroversi membabitkan isu dadah, mereka diyakinkan Mamat atau nama penuhnya Mohd Ali Kamaruddin, 41, takkan didakwa dalam masa terdekat.
“Polis memaklumkan, proses melengkapkan kertas siasatan akan mengambil masa dua atau tiga bulan. Ia bermakna Mamat masih mempunyai peluang untuk beraksi di Shah Alam pada 28 September ini dan Singapura, 5 Oktober depan.
“Kalau namanya konsert reunion, Mamat perlu ada. Tidak lengkap konsert gabungan semula jika Mamat tidak beraksi bersama.
“Saya boleh berikan jaminan, Mamat tetap akan membuat persembahan pada kedua-dua konsert itu nanti,”
– Shirazdeen
Selepas dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis, Selasa lalu, Mamat terus dibawa ke ibu negara oleh penganjur bagi membolehkan penyanyi terbabit memberikan tumpuan terhadap persiapan konsert bakal dijayakannya.
Mengulas perkara itu, Shirazdeen berkata, mereka berbuat demikian bagi membantu Mamat, bukannya ‘mengurung’ artis terbabit dari dunia luar.
“Mamat antara penyanyi legenda. Kita kena bantu selepas apa yang berlaku terhadapnya. Kecaman atau kritikan takkan mengubah apa-apa.
“Kita takkan mengurung Mamat, sebaliknya ia lebih kepada usaha memberikan perhatian terhadap dirinya. Lagipun, di sini ada ramai kawan yang boleh mengawasi pergerakannya, “
– Shirazdeen
Baru-baru ini, BH Online melaporkan penahanan bekas vokalis kumpulan muzik terkemuka 1990-an ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru, kerana memiliki sejumlah dadah.
Sumber berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun yang pernah memenangi tempat ketiga pertandingan realiti televisyen, empat tahun lalu, ditahan bersama seorang rakan, kira-kira jam 11.30 malam.
Difahamkan, suspek ditahan selepas polis peronda yang melakukan pemeriksaan menemui sejumlah dadah dipercayai syabu dalam pemilikan mereka.
Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah.
Sumber: Berita Harian