in , ,

Mamat Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Miliki & Guna Dadah

ChatGPT Mamat, vokalis Exists, mengakui tidak bersalah atas dua pertuduhan dadah pada 2019. Pertama, dia didakwa memberi dadah jenis Methamphetamine kepada dirinya sendiri pada September 2019.

Vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 46, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah pada 2019.

Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Fatimah Zahari dan Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Shamsudin, hari ini.

Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen, Mamat didakwa memberi dadah jenis Methamphetamine secara berulang kepada dirinya pada pukul 2 pagi, 9 September 2019 di Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Mamat Exists Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Miliki & Guna Dadah

Mamat juga didakwa melakukan kesalahan serupa, masing-masing pada 2016 dan 2018.

Dia didakwa di dakwa Seksyen (15)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1)(b) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan sebat tidak lebih tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua di Mahkamah Majistret, dia didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.17 gram ketika diperiksa polis di Jalan Camar 1/3, Taman Perling, di sini pada pukul 11.35 malam, 8 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil dan Nur Aqillah Ahmad Rofaei, manakala Mamat diwakili peguam bela, Azlina Abdul Aziz.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, Azlina memohon anak guamnya dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Fatimah membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 22 Februari depan sebagai sebutan semula kes termasuk laporan perubatan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WANI KAYRIE

Wani Kayrie Selamat Jalani Pembedahan Hernia Buang Ketulan di Perut

Majlis Pecah Tanah KLIP Menandakan Pencapaian Dalam Infrastruktur Maritim