in

Mamat Exists Diarah Pulangkan Barang Curian

Berita ini Budiey aje petik dari CyBerita yang melaporkan tentang susulan kes Mamat, bekas vokalis Exists yang didakwa telah mencuri telefon bimbit dan jam tangan. Rasanya Mamat belum lagi bercerai kan? Yang Budiey dengar, Mamat ada kekasih di Singapura.

Mamat

Mamat diarah kembalikan barang curian

MAHKAMAH semalam memerintahkan bekas vokalis kumpulan Exist dari Malaysia, Mamat, mengembalikan barang-barang yang didakwa dicurinya kepada pegawai siasatan.

Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 31 tahun, yang dituduh mencuri dua telefon bimbit dan sebuah jam tangan, memberitahu mahkamah bahawa dia lupa kembalikan barang-barang itu. Oleh itu, Hakim Mahkamah Rendah, Encik Shaifuddin Saruwan, menangguh perbicaraan tersebut hingga 6 Januari depan.

Mamat diberkas polis pada 18 November lalu di Lorong 24 Geylang, setelah pelakon bebas Singapura, Amy Kecik, dan sepupunya, Encik Noor Shazeel Sazali, membuat laporan polis.

Menurut kertas dakwaan, Mamat melarikan telefon bimbit jenama Nokia N75 yang dibeli dengan harga $580 serta jam tangan jenama Levi’s milik Encik Noor Shazeel, tiga hari sebelum melarikan telefon bimbit Amy Kecik. Dia didakwa melarikan kedua-dua barangan tersebut dari rumah Encik Shazeel di Bishan, 11 November lalu.

Di samping itu, Mamat juga dikenakan tuduhan kedua mencuri telefon bimbit Amy Kecik atau Encik Suhailmi Ruslan dari rumahnya di Tampines, pada 14 November lalu. Telefon bimbit terpakai berjenama Samsung itu berharga $280.

Memberi sebab mengapa dia ingin kesnya ditunda, Mamat di penampilan keduanya di Mahkamah Rendah semalam mendakwa dia terlupa kembalikan barang berkenaan kepada pegawai penyiasat. Hakim Daerah Encik Shaifuddin memberinya hingga hari ini untuk kembalikan barang-barang tersebut kepada pegawai penyiasat.

Mamat kini bebas dengan ikat jamin.

Berita Harian difahamkan bahawa dia menetap sementara di rumah makcik temanitanya di Bedok Reservoir. Teman wanitanya dipercayai seorang warga Singapura berumur 16 tahun.

Dalam laporan Berita Harian bulan lalu, Mamat berkata dia mengalami trauma kerana telah ditahan di balai polis di sini dan tidak dibenarkan keluar dari Singapura.

Dia mula rapat dengan Amy Kecik ketika menjadi salah seorang anggota panel hakim dalam pertandingan nyanyian ‘Bintang Sensasi’ di Kelab Masyarakat (CC) Taman Jurong, Mei lalu.

Mamat, yang popular dengan lagu Untukmu Ibu pada 1990-an, pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan merogol (statutory rape) setelah dituduh melakukan hubungan seks dengan seorang budak perempuan berusia 14 tahun.

Mamat kemudian dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dan terus ‘menghilang’ daripada dunia hiburan selama hampir lima tahun.

Jika didapati bersalah, Mamat boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda bagi setiap tuduhan tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Program JAGUH TV9

Gambar Nabila Huda & Liyana Jasmay di Prebiu DUHAI SI PARI-PARI