Baru minggu pertama All Stars Gegar Vaganza dah kena kecam. Itulah apa yang dialami pengacara, Nabil Ahmad ketika ini selepas gurauannya buat Mamat Exist keterlaluan.
Nabil yang sedar dirinya dikecam menyatakan orang ramai telah salah erti maksud gurauannya dan meminta semua untuk lebih husnuzon.
‘Ditempat yang tinggi itu maksud saya dia seorang lagenda. Dia dah berada di satu tahap yang lebih tinggi. Selepas dia masuk GV, nama dia kembali naik dan orang suka dengan dia. Kemudian ada buat persembahan di Istana Budaya.â€
“Masa di Istana Budaya itu yang saya rasa macam wow. Saya sebelum ini tak pernah ada peluang untuk bekerja dengan abang Mamat. Betul-betul saya nampak dia seperti seorang legend.â€
“Orang yang sering menyalah tafsir ni, dia kena husnuzon. Apa orang cakap dia sepatutnya tidak ambil negatif. Kita kena husnuzon, apa-apa yang kita dapat tu kena husnuzon.â€
Walaupun teruk dikecam, Nabil mengakui tidak mempunyai sebarang masalah kerana dia tahu apa yang dilakukan tidak seperti yang didakwa netizen.