Perkara yang sama telah berlaku kepada pengacara popular Awal Ashaari yang tampil dengan tuxedo ketika majlis resepsi elfira loy baru-baru ini. Namun apa yang hairannya ialah baju dan seluar Awal dilihat berlainan warna. Ekoran itu, Awal telah memuat naik status di laman instagramnya menyatakan tentang ‘moment of colour blind’ yang tak akan dilupakannya.
“Ni antara moment #colorblind yang tak dapat dimaafkan! I hosted #elfaris wedding few nights ago thinking that I pakai all black tuxedo for black tie event. Bila tengok balik gambar @kakiphoto ambik ni, baru perasan Awal pakai seluar tuxedo biru dengan jacket hitam!!! Omg tak boleh terima lah! Tolonglahh jangan ingat ni pesen baru! Malunyaaaaaaaa! PA pun rabun warna lah kot. Dia yang hulurkan baju ni,”
– IG Awal Ashaari
Namun, apa yang dilihat tidak ada perbezaan yang ketara di antara dua warna tersebut yang mungkin menyebabkan Awal dan PA tidak menyedari kesilapan tersebut.
Rata-rata peminat telah memberi komen di gambar yang dimuat naik tersebut. Sebenarnya, netizen tidak perasan dengan kesilapan yang telah Awal lakukan kerana lebih tertumpu dengan kecantikan isterinya, Scha Alyahya.
Sumber : IG @awalashaari