Pelawak dan juga pelakon Vicha Saywho membuat keputusan untuk berhijab dan memohon peminat mendoakan penghijrahannya ke arah lebih baik.
Berkongsikan fotonya mengenakan hijab, Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman berkata dia masih belajar serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.
“Bismillah Ya Allah. Saya minta tolong kepada semua untuk mendoakan yang baik-baik. Saya budak masih belajar. Insya-Allah,” tulisnya.
– Vicha Saywho
Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Vicha turut mengakui berasa malu dengan anak-anaknya yang sudah lama berhijab dan hanya dirinya sahaja yang masih belum berhijab.
“Ya Allah, baru perasan dalam keluarga sayalah yang baru berhijab. Malunya sedangkan anak-anak saya semua pun pakai hijab dah lama.
“Ampunkan saya Ya Allah. Subhanallah, Insya-Allah tiada kata terlambat untuk hamba-Nya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya,”
– Vicha Saywho
Baru-baru ini, Vicha diserang penyakit gastrik sehingga terpaksa dirawat di hospital gara-gara terlalu memikirkan keadaan tiga anaknya di Indonesia yang sudah dua tahun tidak bertemu.