Budiey dah serik sebenarnya untuk mewar-warkan berita tentang artis meninggal dunia di blog. Takut disalah ertikan. Ini kerana khabar angin atau rumors artis meninggal dunia ini sebenarnya tak sahih. Sumber yang diberikan pun tak sahih. Lainlah berita Malique Too Phat ini disahihkan sendiri oleh ahli keluarga dan juga rakan selebriti yang lain.
Tiada angin dan ribut, tiba-tiba Budiey terbaca ramai sekali orang menyebarkan berita tentang penyanyi rap terkenal, Malique Too Phat meninggal dunia. Apa yang Budiey dengar, khabar angin mengatakan Malique tengah sakit kanser otak? Ish, betul ke ni?
Budiey masih tak percaya tentang berita ini. Apa pun yang berlaku, kita harapkan Malique Too Phat masih hidup dan ini sekadar permainan dunia sosial media yang suka sangat mempermainkan tentang kematian.
Jika betul Malique Too Phat meninggal dunia, pasti ada kes atau sebab musababnya. Segala perkembangan lanjut, Budiey akan khabarkan sendiri sekejap lagi.
Updated: Ternyata, khabar angin ini tidak benar. Malique Too Phat masih hidup. Ini disahkan sendiri oleh Pegawai Promosi Warner Music Malaysia semasa dihubungi oleh wartawan Berita Harian yang mengesahkan Malique berada dalam keadaan sihat dan tidak menghidap penyakit barak otak seperti yang disebarkan di Twitter dan BBM.
“Berita kematian Malique adalah tidak benar. Saya tidak siapa yang menyebarkan berita itu.
Saya sekarang berada di rumah Malique dah dia ada di sini, sihat walafiat.
Malique tidak mahu diganggu dan berada dalam keadaan baik bersama isteri dan anaknya.”
– Pegawai Promosi Warner Music Malaysia
Budiey harap, dengan penafian tentang berita ini akan menghentikan segala spekulasi yang tidak benar. Tidak perlu nak sebarkan atau RT berita yang tak betul ya. Ini semua adalah untuk menghormati kehidupan penulis lirik dan komposer itu sendiri.
Sekian.