in

Malaysian Toon Festival 2013 Meraikan Produk Ciptaan

Dalam usaha untuk memperjuangkan industri kandungan kreatif dan menonjolkan bakat-bakat para karyawan kandungan kreatif, Yayasan Usahawan Baru (myNEF) dengan kerjasama Nuovo Entertainment Frontier Sdn Bhd dan Brain Evolution Transform Sdn Bhd sedang merangka suatu acara gemilang yang bakal diadakan bermula pada 14hb. Disember 2013 sehingga 16hb. Disember 2013 yang bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Kerjasama strategik yang melibatkan 3 pihak ini akan menyaksikan penganjuran Malaysian Toon Festival 2013 yang dijangka mampu menarik ramai pengunjung. Hal ini berikutan, Malaysian Toon Festival 2013 akan dianjurkan pada musim cuti sekolah dan menawarkan pengisian aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Malaysian Toon Festival 2013

Selain daripada pengisian aktiviti untuk masyarakat, Malaysian Toon Festival 2013 dilihat sebagai suatu platform yang dapat membantu syarikat-syarikat pengeluar produk kandungan kreatif dalam memantapkan penjenamaan dan produk mereka. Program ini merupakan insiatif Yayasan Usahawan Baru (myNEF) yang mengambil pendekatan berbeza bagi membantu usahawan kandungan kreatif.

Encik Ashran Dato’ Ghazi, Pengerusi myNEF berkata di dalam ucapannya bahawa Malaysian Toon Festival adalah bertepatan dengan visi myNEF untuk membantu syarikat pengeluar kandungan kreatif Bumiputera dalam menjana keuntungan melalui aktiviti perniagaan berkaitan, selain menjual produk kandungan kreatif mereka di stesen penyiaran sahaja.

Acara gemilang yang akan diadakan ini bakal disertai oleh lebih 60 syarikat produksi kandungan kreatif dengan pelbagai karya animasi tempatan bakal dipamerkan. Pelbagai produk berkaitan dengan karektor animasi seperti akan berada di festival meriah ini. Di antaranya :-

• Syarikat studio animasi yang sudah menyiarkan produk mereka.
• Syarikat studio animasi yang produk mereka masih dalam pembikinan.
• Syarikat Permainan Video Digital.
• Maskot & Merchandising.
• Ruang Pameran suara latar dan pencarian bakat baru
• Wakil ANIMAS – Yang mempunyai lebih 400 ahli warga kerja animasi tempatan yang akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
• Pameran perisian dan teknologi animasi yang membolehkan pengunjung mencuba.

Orang ramai dijemput hadir ke festival ini dan masuk adalah percuma. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi penganjur di talian 03-7733 4421 atau 03-4105 1517.

Malaysian Toon Festival 2013

Malaysian Toon Festival 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelajar AF2013 Nabila Terima Ugutan Bunuh

Menangi Hadiah RM10,000 di Cabaran Dashing Futsal Neon