Daripada K-Pop, K-Drama, K-Movies, hingga ke webtoon dan banyak lagi, Twitter merupakan tempat perbualan K-Content berlaku.
Setelah berkembang dengan pesat di rantau Asia, K-Content kini berada di peringkat global dengan negara-negara di Eropah, Amerika Utara dan juga Peru menjadi antara 20 negara teratas yang paling banyak tweet tentang K-Content setakat tahun ini.
Sejajar dengan perkembangan perbualan K-Pop, bilangan Tweet tentang K-Content telah meningkat sebanyak 546% sepanjangan 10 tahun lalu.
YeonJeong Kim, Ketua Global Perkongsian K-Pop & K-Content di Twitter, berkata “Komuniti K-Pop di Twitter sungguh bersemangat dan kami kini melihat budaya fandom yang kuat itu terus berkembang, termasuk dengan pelbagai K-Content.
Peminat dari seluruh dunia menerajui globalisasi K-Content dengan menyertai perbualan berkaitan di Twitter dalam masa nyata. Di mana sahaja anda berada, apa sahaja yang anda tonton, orang ramai boleh bercakap mengenainya di Twitter.â€
Meskipun tujuh daripada sepuluh negara teratas yang paling banyak Tweet mengenai K-Content adalah negara Asia, negara-negara seperti Amerika Syarikat, Brazil, United Kingdom, Mexico, Kanada, Perancis, Vietnam, Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Peru menyertai perbualan berkaitan K-Content di seluruh dunia.
Malaysia pula berada di kedudukan ke-7 di dunia.
1 Sumber: Data Internal Twitter, Tweet Global, Julai 2011 – Jun 2022.
2 Sumber: Data Internal Twitter, Tweet Global Berbahasa Inggris dan Korea, 1 Januari – 18 Ogos 2022
1
Persilangan aktiviti bintang K-Pop turut mendorong minat masyarakat dunia kepada K-Content.
Sebagai contoh, kemunculan bintang K-Pop Kim Se-Jeong dalam K-Drama “Business Proposalâ€, Lee Jun-Ho dalam K-Drama “The Red Sleeveâ€, Lee Ji-Eun (IU) dalam filem “Brokerâ€, dan Ok Taec-Yeon dalam filem “Hansan: Rising Dragon†menyumbang kepada lonjakan Tweet dalam kalangan peminat di seluruh dunia.
K-Drama bertajuk “Our Beloved Summer†merekodkan Tweet paling banyak pada hari original soundtrack dari BTS, V bertajuk “Christmas Tree†dikeluarkan.
Manakala K-Drama berdasarkan webtoon seperti “All of Us Are Dead†dan “Our Beloved Summer†membawa kepada perbualan tentang kedua-dua drama dan kandungan webtoon asalnya.
Di Malaysia, “Snowdrop†merupakan K-Drama yang paling banyak di Tweet pada tahun ini, diikuti dengan “Twenty Five Twenty One†serta “Business Proposal†di tempat kedua dan ketiga.
Di peringkat global, K-Movie yang paling banyak di Tweet setakat tahun ini ialah “Brokerâ€.
Filem itu menarik perhatian dengan pelakon Song Kang-Ho, pemegang anugerah pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Cannes. K-Movie seperti “HUNT†dan “The Witch: Part2. The Other One†ialah K-Movie yang kedua dan ketiga paling banyak di Tweet di dunia.
Sertai perbualan K-Content yang berlangsung di seluruh dunia dalam masa nyata, #OnlyOnTwitter.