in , ,

Malaysia Terpilih Untuk Pasarkan 6,000 Unit realme 10 Pro Coca-Cola

Realme telah mengumumkan kerjasama dengan Coca-Cola dan melancarkan model telefon pintar edisi terhad pertama mereka iaitu realme 10 Pro Coca-Cola Edition.

Dengan hanya 6,000 unit tersedia di seluruh dunia, Malaysia berbangga menjadi salah satu daripada empat negara yang menawarkan model ini dengan rekabentuk yang menarik, menggabungkan warna merah dan putih yang sinonim dengan jenama Coca-Cola.

Spesifikasi penuh – realme 10 Pro Coca-Cola Edition

Realme 10 Pro Coca-Cola Edition menawarkan nada dering khas dan Ul sistem yang ditukar suai dengan elemen Coca-Cola, memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan dan memuaskan kepada pengguna. Terdapat juga kotak bungkusan istimewa yang mempunyai unsur-unsur unik untuk peminat yang ingin mengumpul barangan koleksi.

Meskipun model ini terhad, ia pasti menjadi pilihan yang menarik bagi peminat setia kedua-dua jenama. Buat masa sekarang, realme Malaysia masih belum lagi berkongsikan tarikh penawaran peranti ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAM BUNKFACE

“Kami Hadir Menjawab Tuntutan”- Peguam Bekas Isteri Sam Bunkface

Video Tak Pernah Bangun Sahur Dikecam, Reen Rahim Hilang 1.6 Juta Pengikut