Tahniah buat Aiman Tino yang telah menerima sijil Malaysia Book of Records selepas lagu Kurela Dibenci mendapat tontonan tertinggi sebanyak 41.3juta (jumlah dicatat pada November 2017). Wow, bukan calang-calang tu. Ramai yang tengok. Kalah muzik video penyanyi popular yang lain.
Menerusi Facebook, Aiman telah menulis ucapan buat peminat yang sudi layan lagu KURELA DIBENCI di Youtube:
“Alhamdulillah Syukur . Pertama Sekali Aiman nak ucapkan Terima Kasih kepada Mak&Ayah dan Keluarga Aiman Yang Menjadi Tulang belakang selama ini. Terima Kasih juga Kepada Semua penyokong-penyokong yang Tak Henti-henti menyokong Aiman. Tanpa anda semua siapalah Aiman . Hari ini berlangsungnya Majlis Penyerahan sijil “The Malaysia Book Of Records” . Allahu Memang tak Pernah sangka Sampai ketahap Ini . Semua ini adalah berkat dari mak ayah dan semua peminat Aiman 😘 . Terima Kasih kepada semua yang Hadir Dan Menjayakan Majlis Pada Hari ini ! Alhamdulillah..”
Penyanyi yang berusia 19 itu berkata, pengiktirafan itu memberi warna yang cukup indah dan membanggakan dalam kanvas seninya yang bermula kira-kira tiga tahun lepas.
“Pada mulanya macam tak percaya saya menerima penghargaan tersebut namun bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua yg sentiasa menyokong karier saya.
“Penghargaan ini merupakan pendorong dan pemangkin semangat untuk saya lebih kuat berusaha dalam kerjaya,” katanya.
Aiman ditemui dalam majlis penyerahan sijil Malaysia Book of Records dan pelancaran single kedua kakaknya, Fara Hazel, Terasa Cinta.
Tahniah Aiman Tino. We proud of you!