in ,

Malapetaka Ngeri Dalam Trailer Filem INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE

Waah, ramai betul yang mahu ke Malam Gala Filem ADA APA DENGAN CINTA 2 yang akan diadakan pada hari Selasa depan. Namun begitu, seperti yang anda ketahui, Budiey hanya ada 60 tiket sahaja untuk diberikan. Selamat maju jaya buat team Grand Brilliance. Apa-apa pun kita nantikan ulasan filem ini nanti ya.

Bercakap pasal filem, korang dah tonton ke trailer terbaru untuk Independence Day: Resurgence? Budiey dah tengok. Memang realistik betul paparan kali ini di mana ianya menampakkan berbagai kehancuran di sebahagian besar wilayah di Bumi akibat dendam 20 tahun makhluk asing, termasuk kehancuran Menara Berkembar KLCC! Tak percaya korang tengok ya.

[dropcap]P[/dropcap]ihak 20th Century Fox berhasil mendedahkan ketegangan yang semakin memuncak hasil daripada promosi terbaru film ini. Para penonton yang menyaksikan treler terbaru ini akan dibawa ke memori kejadian tahun 1996 yang kemudian disusuli dengan serangan lebih dahsyat pada tahun ini.

Sebelum ini, mereka juga telah melakukan strategi pemasaran berupa penerbitan komik yang menjadi jambatan antara film pertama dan sekuelnya ini. Selain dalam bentuk komik, 20th Century Fox juga telah melancarkan sebuah laman web viral (www.warof1996.com) untuk menjelaskan lebih mendalam mengenai latar belakang Independence Day: Resurgence. Salah satu hal yang dapat kita ketahui dari laman web tersebut adalah mengenai nasib Kolonel Steven Hiller lakonan Will Smith.

Independence Day: Resurgence akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Jun, 2016. Tak sabar kan nak tengok di Premiere With Budiey nanti?

Ini Dia Poster Rasmi Filem INDEPENDENCE DAY RESURGENCE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sheikh Khalifa mahu beli Liverpool RM3.8b

CYRILL HASSAN

Rakaman Food Review GILA MAKAN The Kitchens