Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Astro selaku hub utama bagi rangkaian drama-drama Melayu terbaik menerusi slot drama, pihak Astro Ria buat julung kalinya tampil dengan inisiatif terbaharu menerusi penganjuran majlis santai ‘Malam Throwbaek Drama’ yang diadakan sebagai tanda penghargaan buat barisan pelakon drama-drama siaran Astro atas komitmen yang mereka curahkan dalam menjayakan sesebuah drama.
Terdapat 11 buah kategori yang dipertandingkan untuk penganjuran tahun ini. Pemenang untuk 8 kategori adalah berdasarkan undian iaitu Kapel THROWBAEK, Watak Paling Meminta, Otai THROWBAEK, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, OST THROWBAEK, Hero THROWBAEK dan Heroin THROWBAEK.
Manakala 3 buah kategori lagi adalah 100% pilihan juri. Kategori-kategori tersebut adalah Drama THROWBAEK, Fan Club THROWBAEK dan Pelakon Paling Gigih.
Majlis “Malam Throwbaek Drama” Astro bakal berlangsung pada 1 April 2017 (Sabtu) di Hotel Premiera Kuala Lumpur.
Antara barisan artis yang akan memeriahkan majlis ini dengan kehadiran mereka termasuklah Neelofa, Fattah Amin, Hisham Hamid, Zizan Razak, Kamal Adli, Dato’ Rosham Noor, Anzalna Nasir, Izreen Izminda, Amira Othman, Siti Nordiana, Nadya Syahera, Farez Ridzwan, Ippo Hafiz, Yaya Maembong, Wan Raja, Azrel Ismail, Haleeda, Neera Aziz, Syafiq Kyle, Shah Iskandar, Alvin Chong, Hafreez Adam, Wan Sharmila, Ruzana Ibrahim, Norman Hakim, Ako Musthapa, Nina Nadira, Sharifah Sakinah, Dafi Ismail, Mona Allen, Ungku Hariz, Zera Harris, Saharul Ridzwan, Fikhree Bakar, Fahad Iman serta ramai lagi.